KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2026: Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik keputusan kerajaan hari ini untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kepada umum.
TH telah mengambil maklum syor-syor RCI berhubung apa yang berlaku sebelum tahun 2018. Sejak itu, TH telah melangkah ke hadapan.
TH telah melaksanakan 75% daripada syor RCI bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi ini. Selebihnya kini sedang dalam proses pelaksanaan.
TH juga telah memulihkan kunci kira-kira, membina rizab, dan berjaya meningkatkan pengagihan keuntungan kepada 3.5%, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun. Di samping itu, TH berjaya mengekalkan kos haji pada kadar RM33,300 seorang selama tiga tahun berturut-turut.
TH kekal komited untuk melindungi kepentingan para pendeposit, mengukuhkan kepercayaan awam, serta memastikan institusi ini terus beroperasi dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.
TAMAT
PDF Kenyataan Akhbar
TH MENYAMBUT BAIK LAPORAN RCI, KOMITED TERHADAP SYOR-SYOR YANG DIKEMUKAKAN
