KUALA LUMPUR, 1 MAC 2026: Susulan konflik semasa di Iran, ruang udara di kawasan Timur Tengah telah terjejas dan semua penerbangan pergi dan balik dari Timur Tengah telah digantung buat masa ini. TH sedang memantau dan menilai keadaan perkembangan konflik ini dengan rapat, dan akan membuat pemakluman seterusnya pada masa yang sesuai.
“Berkenaan dengan tanggungjawab TH kepada bakal jemaah negara, tindakan TH seterusnya akan berdasarkan nasihat yang diterima daripada rakan syarikat penerbangan, pihak berkuasa Saudi dan Wisma Putra,” kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad. TH ingin menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan bakal jemaah haji negara adalah keutamaan.
TAMAT
Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji
PDF Kenyataan Akhbar
TH PANTAU KONFLIK IRAN, KESELAMATAN JEMAAH ADALAH KEUTAMAAN
