Happy family

Simpanan Tabung Haji Anda

Simpanan Tabung Haji membantu anda memulakan persediaan haji secara berperingkat dan terancang. Diurus secara patuh syariah, simpanan anda dibina untuk menyokong perjalanan anda menuju istito’ah dengan lebih yakin dan tenang.

Simpanan

  • Tiada had jumlah simpanan dikenakan
  • Simpanan boleh dibuat menggunakan wang tunai, cek, pindahan dana atau kaedah-kaedah berikut:
    • Kaunter TH
    • Potongan gaji dan direct debit
    • Perbankan elektronik dan internet
    • Kaunter perkhidmatan rakan strategik
    • Ejen kutipan

Saluran Transaksi Simpanan

Tabung Haji menyediakan pelbagai saluran untuk pendeposit melakukan transaksi TH mengikut kemudahan pendeposit

Kaunter TH

Pendeposit boleh melakukan transaksi simpanan dan mendapatkan khidmat bantuan melalui kaunter TH atau perkhidmatan yang beroperasi di lokasi terpilih. Perkhidmatan ini membolehkan urusan dibuat secara terus dan teratur dengan sokongan pegawai TH.

Kaunter TH berdekatan anda

Rakan Strategik Tabung Haji

Selain cawangan TH, transaksi simpanan juga boleh dilakukan melalui rakan strategik Tabung Haji yang dilantik. Saluran ini menawarkan kemudahan tambahan bagi pendeposit untuk mengurus simpanan secara selamat dan patuh syariah.

Ketahui Tentang Rakan Strategik

Ejen Kutipan Simpanan TH

Pendeposit boleh melakukan transaksi TH melalui Ejen Kutipan Simpanan yang telah dilantik seperti berikut

Potongan Gaji dan Direct Debit

Tambah Simpanan anda melalui Potongan Gaji dan Direct Debit.

JomPay

JomPAY adalah salah satu usaha TH ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan para pendeposit. Melalui JomPAY, para pendeposit boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Soalan Lazim

Soalan lazim mengenai JomPay, sila baca.

image