Pindahan Dari Akaun Bank Ke Akaun TH Melalui Platform FPX
Pindahan Dari Akaun Bank Ke Akaun TH Melalui Platform FPX |
|
---|---|
Soalan | Jawapan |
Apakah Pindahan dari Akaun Bank ke Akaun TH melalui FPX menggunakan THiJARI? |
Membolehkan pengguna THiJARI melakukan transaksi pindahan dari Akaun Bank ke Akaun TH melalui FPX. FPX adalah gerbang pembayaran selamat berasaskan internet yang membolehkan pemindahan dana ke akaun TH dari akaun perbankan internet pilihan pengguna. FPX dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet). |
Bagaimanakah untuk melakukan transaksi deposit dari Akaun Bank ke Akaun TH melalui platform FPX menggunakan THiJARI? |
Pengguna THiJARI hendaklah:
|
Adakah saya akan dikenakan caj untuk perkhidmatan ini? |
Tiada sebarang caj yang dikenakan kerana TH akan menanggung caj tersebut. |
Adakah saya perlu mendaftar? |
Tidak perlu berdaftar dengan FPX. Walau bagaimanapun, anda mesti mempunyai akaun THiJARI dan juga akses Internet atau Mobile Banking dari mana-mana bank di Malaysia. |
Berapa lama masa yang diperlukan untuk membuat transaksi deposit saya dikreditkan ke dalam akaun TH pendeposit? |
Ia akan dikreditkan secara real-time (serta merta). |
Bolehkah saya membuat transaksi ke akaun TH yang lain? |
Ya, pengguna dapat melakukan transaksi ke Akaun TH Sendiri atau Akaun TH Pihak Ketiga. |
Adakah sebarang had untuk memindahkan wang dari akaun Bank ke akaun TH melalui platform FPX? |
Ya, jumlah minima adalah RM5.00 dan had jumlah maksima adalah RM30,000.00 setiap transaksi. |
Adakah transaksi ini melalui platform FPX benar-benar selamat? |
Ianya menggunakan pengesahan dan perakuan standard yang tinggi untuk memastikan semua transaksi adalah selamat seperti bank-bank di Malaysia. |
Semasa melakukan transaksi, saya telah menerima ralat / mesej yang tidak berjaya. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut telah ditolak dari akaun bank saya. Apa yang saya perlu lakukan? |
Sekiranya dana anda ditolak tetapi urus niaga tidak berjaya dana anda akan dikreditkan kembali ke dalam akaun bank oleh Bank anda. Hubungi Bank anda untuk mendapatkan status pemulangan dengan memberikan FPX Transaction ID atau Merchant Order No. sebagai rujukan. |