No | Soalan | Jawapan | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | Apakah itu Dam dan Qurban? | Dam ialah binatang ternakan al-An’am (berkaki empat) yang disembelih atau gantinya daripada makanan atau puasa yang dikenakan ke atas mereka yang menunaikan haji dan umrah di atas sebab-sebab tertentu. Jemaah haji yang mengerjakan haji dengan cara Tamattu’ atau Qiran akan dikenakan Dam Tertib dan Taqdir.
Ibadah Qurban bermaksud ibadah sembelihan haiwan al-An’am untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha iaitu pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. |
||||||||||||||||
2. | Berapakah had transaksi yang boleh dilakukan pada Dam dan Qurban? | Had transaksi Dam yang dibenarkan adalah sekali bagi setiap individu. Tiada had transaksi bagi Qurban. | ||||||||||||||||
3. | Bolehkah wang transaksi Dam/Qurban dikembalikan setelah transaksi sudah berjaya? |
Bayaran yang telah didebitkan daripada akaun simpanan pendeposit TH bagi tujuan bayaran Dam & Qurban adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan Sekiranya terdapat lebihan daripada kadar bayaran tersebut sama ada disebabkan oleh faktor kadar tukaran matawang asing atau perubahan pada kos pengurusan pihak ketiga, lebihan tersebut akan disalurkan ke dalam Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia (“TKJHM”) bagi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. (berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui oleh Bakal Haji) |
||||||||||||||||
4. | Mengapa perkhidmatan Dam dan Qurban disediakan di Tanah Air? |
Dengan adanya perkhidmatan bayaran Dam dan Qurban melalui aplikasi THiJARI dan di Tanah Air, Bakal Haji terutamanya yang akan mengerjakan Haji Tamattu’ atau Qiran diberi peluang untuk menyelesaikan salah satu kewajipan dengan membayar Dam lebih awal bagi memudahkan urusan di Tanah Suci. Para pendeposit TH juga diberikan peluang untuk melaksanakan ibadah Qurban di Tanah suci |
||||||||||||||||
5. | Siapakah yang boleh membuat bayaran Dam dan Qurban? |
Bayaran Dam adalah terhad kepada Bakal Haji tahun semasa manakala bayaran Qurban dibuka kepada semua pendeposit TH. |
||||||||||||||||
6. | Bolehkah Bakal Haji membuat bayaran Dam di Tanah Air walaupun mereka belum berniat haji? | Bakal Haji boleh membuat bayaran Dam di Tanah Air walaupun belum berniat haji dan belum melaksanakan umrah. Keputusan ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji TH-JAKIM pada tahun 2006. | ||||||||||||||||
7. | Bilakah perkhidmatan bayaran Dam dan Qurban mula dibuka? |
Perkhidmatan bayaran ini dibuka; 1. Dam
1 Tertakluk kepada tarikh pembukaan pejabat di Tanah Suci2. Qurban
1 Tertakluk kepada tarikh pembukaan pejabat di Tanah Suci |
||||||||||||||||
8. | Adakah Bakal Haji boleh membayar semua jenis Dam di Tanah Air? | Tidak semua jenis Dam boleh dibayar di Tanah Air. Bayaran Dam yang dibuka kepada Bakal Haji di Tanah Air adalah Dam bagi Haji Tamattu’ atau Qiran sahaja. | ||||||||||||||||
9. | Apakah jenis ternakan yang akan dibuat Qurban? | TH menyediakan perkhidmatan Qurban kambing/qibas sahaja. | ||||||||||||||||
10. | Berapakah kadar bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan Dam dan Qurban? | Kadar bayaran Dam adalah sebanyak RM725 bagi seekor kambing/qibas, manakala kadar bayaran Qurban adalah sebanyak RM900 bagi seekor kambing/qibas. | ||||||||||||||||
11. | Mengapakah kadar Qurban lebih tinggi berbanding Dam? | Kadar Qurban lebih tinggi kerana permintaan bagi ternakan meningkat semasa tempoh tersebut dan tempoh perlaksanaan penyembelihan perlu selesai dalam tempoh yang singkat (4 hari) berbanding Dam yang tidak tertakluk kepada bekalan ternakan dan tarikh-tarikh tertentu. | ||||||||||||||||
12. | Bagaimanakah cara membuat bayaran Dam dan Qurban? | Bayaran Dam dan Qurban boleh dilaksanakan melalui aplikasi THiJARI dengan memilih menu yang terdapat di dalam THiJARI;
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai kekangan masih boleh terus ke pejabat cawangan untuk urusan bayaran Dam dan Qurban secara debit akaun simpanan TH. Bakal Haji dan pendeposit TH perlu memastikan baki akaun adalah mencukupi kerana bayaran akan ditolak dari akaun simpanan TH. Pembayaran Dam & Qurban adalah tertakluk kepada terma dan syarat berikut. Sila klik terma & syarat;
|
||||||||||||||||
13. | Adakah bayaran boleh dibuat bagi pihak pendeposit TH atau Bakal Haji yang lain? |
Kesemua bayaran akan ditolak dari akaun simpanan TH pembayar. |