Caruman Potongan Gaji
Caruman Potongan Gaji
Simpanan melaIui Caruman Potongan Gaji ke akaun Tabung Haji (TH) adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan :
- Memudahkan pendeposit menambah wang simpanan ke akaun TH secara konsisten setiap bulan melalui potongan gaji.
- Membantu pendeposit membuat Simpanan berkala keatas akaun sendiri, akaun dibawah jagaan atau akaun TH pihak ketiga.
Terma dan syarat (Borang JP 010 dan JP 010-01)
- Setiap pemohon dan ahli keluarga (termasuk pihak ketiga) hendaklah terlebih dahulu menjadi pendeposit TH.
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Caruman Potongan Gaji (Borang JP 010 dan JP 010-01) dan pemohon hendaklah mengemukakan borang yang lengkap ke Pejabat TH berhampiran atau membuat permohonan melalui portal atas talian TH (THiJARI).
- Setiap pemohon dikehendaki memastikan perkara berikut:
- Mencarum untuk diri sendiri,
- Mencarum untuk ahli keluarga (termasuk pihak ketiga) sekiranya ada,
- Memastikan akaun TH pemohon serta ahli keluarga berstatus aktif,
- Jumlah besar caruman potongan gaji di Borang JP 010 (caruman keseluruhan) hendaklah sama dengan jumlah besar di Borang JP 010-01 (agihan).
- Sekiranya jumlah caruman di Borang JP010 kurang daripada jumlah besar di Borang JP010-01, semua amaun caruman akan dikreditkan ke akaun pencarum sahaja.
- Sekiranya jumlah caruman potongan gaji di Borang JP010 melebihi daripada jumlah besar di Borang JP010-01, caruman bulanan akan dikreditkan mengikut agihan pada borang JP010-01 dan bakinya akan dikreditkan ke akaun pencarum.
- TH akan membuat pengkreditan caruman dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja bagi maklumat caruman yang lengkap dan amaun caruman diterima daripada majikan.
- Sebarang perubahan terhadap agihan dan amaun caruman potongan gaji, pencarum hendaklah mengisi borang baru atau mengemaskini caruman potongan gaji melalui portal atas talian TH (THiJARI). Setiap permohonan baru atau pengemaskinian caruman potongan gaji akan membatalkan permohonan yang lama.
- Pencarum adalah bertanggungjawab memastikan caruman potongan gaji dibuat oleh majikan.
Nota : Segala Terma dan Syarat adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan dari semasa ke semasa oleh pihak TH.