Kuala Lumpur, Selasa, 7 Mei 2013: Lembaga Tabung Haji (TH) ingin memaklumkan kepada para Pendeposit di seluruh negara bahawa, TH akan menjalankan penyelenggaraan sistem dalaman TH. Sehubungan dengan itu, kemudahan perkhidmatan capaian TH di Mesin Juruwang Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), Uniteller di Bank Islam dan Bank Rakyat akan mengalami gangguan sementara perkhidmatan bagi tempoh berikut:
- 11 Mei 2013 (Sabtu) mulai jam 8:00 malam hingga 12 Mei 2013 (Ahad) jam 8:00 pagi; dan
- 13 Mei 2013 (Isnin) mulai jam 8.00 malam hingga 14 Mei 2013 (Selasa) jam 8.00 pagi.
Sementara itu, perkhidmatan ATM / CDM Maybank Islamic untuk transaksi TH pula akan mengalami gangguan sementara perkhidmatan seperti berikut:
- 11 Mei 2013 (Sabtu) mulai jam 8.00 malam sehingga 14 Mei 2013 (Selasa) jam 8:00 pagi
Walau bagaimanapun, para pendeposit boleh berurusan di semua kaunter TH di seluruh Negara seperti biasa. Pihak TH memohon maaf atas kesulitan dan menasihatkan para pendeposit untuk berhubung terus dengan cawangan-cawangan TH berhampiran atau TH Contact Centre di talian 03 – 6207 1919 untuk sebarang pertanyaan.