Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Tujuan Pemeriksaan Kesihatan Adalah Untuk :-

  • Memastikan peraturan Haji Kerajaan Arab Saudi dipatuhi;
  • Mendapatkan suntikan wajib Meninggococcal Meningitis Quadrivalent (ACYW -135). Suntikan boleh diperolehi percuma di Klinik dan Hospital Kerajaan;
  • Memastikan bakal haji tidak mengidap penyakit merbahaya atau penyakit berjangkit;
  • Memastikan penyakit dikesan awal, dirawat dan distabilkan disamping keperluan ubatan dapat dikenalpasti;
  • Menyediakan rekod rawatan lengkap untuk rujukan ketika di Tanah Suci;
  • Mengesan bakal haji wanita yang hamil. Wanita hamil tidak diluluskan untuk menunaikan haji;
  • Mengesan kes tidak siuman atau nyanyuk. Kes-kes ini dikhuatiri boleh menyebabkan haji tidak sah;
  • Mengenalpasti bakal haji berpenyakit kronik;

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-84, yang telah bersidang pada 15 Disember 2008 memutuskan bahawa :-

  • Pesakit yang mengidap penyakit kronik yang tiada harapan sembuh seperti sakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanaya adalah tidak wajib menunaikan haji;
  • Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan; dan
  • Sekiranya telah sembuh daripada penyakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.

Catatan : Semua kes berkaitan penyakit ini tidak layak dibawa ke Jawatankuasa Rayuan Peringkat Negeri dan tidak boleh diluluskan oleh mana-mana Pakar Perubatan termasuk Pakar Nefrologi.