Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Alt text

Latarbelakang Penubuhan

Sebagai usaha TH yang berterusan untuk membantu kerajaan dalam pembangunan modal insan yang dinamik dan cemerlang, TH telah melancarkan satu kelab khas untuk pelajar-pelajar IPT iaitu Kelab TaHa@U. Pelancaran Kelab TaHa@U telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Hj Jamil Khir bin Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri di tapak Kompleks TH Terengganu, Mukim Kuala Nerus.

Objektif

  • Menanam minat menabung
  • Membina generasi kini untuk mengisi kepimpinan masa depan
  • Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk ahli dan membangkitkan keinginan menunaikan ibadat haji pada usia muda
  • Membina generasi yang prihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran ummah serta negara

Keistimewaan

Ahli diberi keutamaan dan berpeluang berkhidmat dengan TH melalui:-

  • Program Skim Latihan Graduan
  • Latihan amali/praktikal
  • Program sukarelawan
  • Semasa musim haji dalam operasi tanah air
  • Program mentor mentee antara pelajar universiti dan pelajar sekolah
  • Program kemasyarakatan TH / IPT di bawah Kelab TaHa@U
  • Menyertai aktiviti kelab seperti sukan dan riadah serta peraduan yang dianjurkan bersama Berita Harian
  • Diskaun harga di lebih 200 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia

Borang Pendaftaran

Ahli diberi keutamaan dan berpeluang berkhidmat dengan TH melalui:-

Syarat-syarat Menjadi Ahli :

  • Individu beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Pemastautin tetap
  • 17 tahun ke atas dan masih menuntut di IPTA dan IPTS
  • Telah mempunyai akaun TH, jika belum boleh buka akaun TH RM2 tunai sahaja.

Muat Turun Borang Pendaftaran

Aktiviti-aktiviti

Program Kemasyarakatan

Rumah Nur Hikmah

Salah satu aktiviti Kelab TaHa@U dengan kerjasama Berita Harian. Program ini merupakan program pertama yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan bagi ahli Kelab TaHa@U. Program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa meningkatkan kemahiran insaniah dan dapat melahirkan generasi yang berketrampilan, berdedikasi dan berkepimpinan. Di samping itu juga, program ini dapat mendekatkan mahasiswa dengan golongan kurang bernasib baik melalui aktiviti yang dilakukan.

Majlis Qurban dan Aqiqah

Program ini adalah program yang diadakan dengan kerjasama TH Melaka, UTeM dan Berita Harian/NSTP. UTeM merupakan IPT yang ke-5 membuat pelancaran TaHa@U selepas UPSI, UITM, UM dan UUM. Sebagai permulaan atau projek perintis, Program Qurban diperkenalkan di UTeM di samping membuat pelancaran TaHa@U.

Tujuan aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan adalah untuk melibatkan ahli TaHa@U. Program Qurban yang diadakan di UTeM Melaka adalah untuk menarik perhatian para pelajar dan masyarakat sekeliling untuk membuka akaun Tabung Haji dan seterusnya mendaftar sebagai ahli KelabTaHa@U. Selain itu, melalui Ibadah Qurban dan Aqiqah yang diadakan, ianya dapat menjalin dan mengeratkan hubungan silaturahim antara Tabung Haji, Berita Harian dan juga Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM).

Karnival TaHa@U

Karnival TaHa@U adalah sesuai dengan saranan pihak pengurusan tertinggi TH untuk mendedahkan dan menawarkan ganjaran melalui aktiviti-aktiviti kepada ahli TaHa@U. Karnival TaHa@U diadakan bagi menarik perhatian para pelajar untuk membuka akaun Tabung Haji dan seterusnya mendaftar sebagai ahli Kelab TaHa@U yang baru. Selain itu, melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan, ianya dapat menjalinkan hubungan kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim antara Tabung Haji, Berita Harian dan juga Universiti.

  • Karnival TaHa@U perkasa remaja
  • Karnival TaHa@U di UM
  • Pemastautin tetap
  • TaHa@U di UM meriah
  • Karnival TaHa@U dekati siswa

Karnival Bimbingan Kerjaya

Bertujuan mendedahkan pelajar-pelajar dengan panduan kerjaya, selain membantu pelajar menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai peluang kerjaya yang ada di negara ini. Selain dari itu juga, ia dapat membantu para pelajar merancang atau membuat persediaan awal, melengkapkan diri dengan pelajaran dan kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan.

Bakti Siswa

Mendedahkan dan melibatkan mahasiswa TaHa@U dengan aktiviti kemasyarakatan agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Mendekatkan silaturrahim antara mahasiswa dan masyarakat yang lain.

Futsal

Dapat memupuk semangat kesukanan dan silaturahim antara sekolah-sekolah. Melahirkan tubuh badan yang sihat, kemesraan diantara satu sama lain.

Program

Muat turun senarai program - September hingga November