Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|
  • Bilakah Yayasan Tabung Haji (Yayasan TH) ditubuhkan?

    Yayasan Tabung Haji (Yayasan TH) telah diperbadankan pada 17 Mei 2016 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai ‘Syarikat Berhad Menurut Jaminan’ atau “Company Limited By Guarantee” yang tidak mempunyai saham.

  • Apakah objektif penubuhan Yayasan TH?

    Objektif Yayasan TH adalah;

    a) Untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang antaranya, memberikan bantuan dan sumbangan berikutan kejadian musibah atau bencana alam

    b) Untuk mentadbir dan mengurus dengan berkesan serta sistematik dana yang diperuntukkan oleh TH dan anak syarikat bagi tujuan biasiswa kepada anak-anak anggota TH dan anak-anak pesara

    c) Untuk menggalakkan kajian dalam bidang Pendidikan Islam, Perbankan Islam, Perubatan dan lain-lain cabang Perundangan Syariah yang akan memberi faedah kepada rakyat Malaysia dan masyarakat global

  • Bagaimana boleh tercetusnya penubuhan Yayasan TH?

    Rasa tanggungjawab untuk memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat terutamanya umat Islam melalui Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) telah menjadi pencetus kepada penubuhan Yayasan TH. Ia juga selari dengan aspirasi Kerajaan sebagaimana yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri yang berharap agar pihak korporat dapat memainkan peranan lebih besar dalam aktiviti CSR.

    Yayasan TH akan ditadbir secara berasingan oleh Lembaga Pemegang Amanahnya sendiri bagi memastikan aktiviti-aktiviti CSR dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan

  • Apakah tema Tanggungjawab Sosial Korporat Yayasan TH?

    Tema Tanggungjawab Sosial Korporat Yayasan TH adalah “Charity begins at home” atau ‘Kebajikan bermula dari rumah’

  • Apakah sumber dana Yayasan TH?

    Sumber dana bagi Yayasan TH bagi fasa pertama adalah dari sumbangan Lembaga Tabung Haji sendiri iaitu sebanyak RM5 juta setahun untuk program biasiswa dan aktiviti berkaitan dengan pendidikan.

    Manakala bagi fasa kedua, Yayasan TH menjemput rakan-rakan korporat yang ingin bersama-sama menyumbang dana untuk program-program CSR selepas mendapat kelulusan YB Menteri, Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi pengecualian cukai.

  • Siapakah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan TH?

    Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan TH terdiri daripada Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim dan Tan Sri Ismee Ismail.

  • Adakah Yayasan TH menyediakan pinjaman pendidikan?

    Tidak, Yayasan TH tidak menyediakan pinjaman pendidikan. Hanya biasiswa pendidikan pada mereka yang berkelayakan serta lain-lain sumbangan pendidikan akan diberikan.

  • Siapakah yang akan menerima bantuan bagi tujuan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yayasan TH?

    Yayasan TH akan menyalurkan bantuan kepada individu dan keluarga yang ditimpa musibah atau bencana. Yayasan TH juga turut membantu golongan yang dikategorikan sebagai golongan asnaf untuk meringankan beban dan tanggungjawab mereka

  • Apakah maksud Ikon Mata Pensil serta Tunas Daun pada logo Yayasan TH?

    Logo yang berkonsepkan mata pensil dan tunas daun ini menunjukkan aktiviti-aktiviti Yayasan TH yang berfokus kepada pembangunan pendidikan di kalangan anak-anak anggota dan pesara TH yang cemerlang kerana mereka adalah generasi pemimpin masa hadapan dan mukmin professional sama ada di TH atau diluar.

    Daun juga melambangkan naungan yang diberi oleh Yayasan TH kepada golongan yang memerlukan bantuan atau sumbangan

  • Dimanakah pejabat operasi Yayasan TH?

    Person-in-charge: En Ekma Faroza Bin Kamarudin
    Nombor telefon: 03-2054 2000 (samb. 3384)
    Emel : yayasanth.info@lth.gov.my

    Alamat:

    YAYASAN TABUNG HAJI,
    Lantai 27, Menara Tabung Haji,
    201, Jalan Tun Razak,
    40400 Kuala Lumpur