Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|
  • Adakah TH mengalami kerugian?
    Tidak benar. TH tidak mengalami kerugian, malah keuntungan TH bagi tahun 2015 berjumlah RM3.53 bilion
  • Apakah rizab TH negatif?
    Tidak. Rizab TH dikelaskan kepada dua iaitu Rizab Boleh Agih dan Rizab Tidak Boleh Agih (Rizab Nilai Saksama) Rizab Boleh Agih adalah rizab keuntungan terkumpul tahun semasa dan dari tahun-tahun terdahulu. Rizab ini digunakan untuk memberi hibah(bonus) kepada pendeposit. Rizab Tidak Boleh Agih adalah aset kewangan milik TH yang boleh dijual pada masa hadapan contohnya pelaburan di anak-anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat usaha sama di mana pelaburan tersebut dinyatakan pada kos asal pelaburan
  • Bagaimana hibah (bonus) pendeposit dibayar?
    Hibah (Bonus) TH adalah dibayar berdasarkan keuntungan tahun semasa dan wang dari Rizab Boleh Agih