Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|
  • Soalan 1 : Adakah pihak TH melantik mana-mana pihak ketiga / agen dalam urusan rayuan haji?
    TH TIDAK PERNAH melantik mana-mana pihak, syarikat atau individu perseorangan untuk menjadi perantara / orang tengah / pihak ketiga / agen dalam menguruskan hal-hal berkaitan rayuan haji termasuk rayuan mempercepatkan tempoh penggiliran menunaikan haji.
  • Soalan 2 : Adakah TH menerima rayuan haji dan bagaimana caranya?
    Rayuan haji boleh terus dihantar ke kaunter-kaunter 125 cawangan termasuk cawangan di UTC seluruh negara yang berhampiran atau melalui pos. Pihak TH akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada mereka dan seterusnya rayuan tersebut dimasukkan ke dalam sistem TH untuk tujuan penilaian. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rayuan haji, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) kami di 03-6207 1919.