Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|
  • Soal Jawab Pelaburan TH – Berhubung dengan syarikat yang terkeluar dari senarai patuh syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

    Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 29 November 2013 telah meluluskan senarai baharu sekuriti patuh syariah berdasarkan kaedah penyaringan sekuriti yang telah disemak semula.

    Antara kriteria penyaringan yang ketara penukarannya adalah dari segi:-
    1. “Conventional Income Level”
    2. “Conventional Debt Level”
    3. “Conventional Cash Deposit Level”

    Oleh yang demikian banyak syarikat di Bursa Malaysia yang dahulunya patuh syariah telah terkeluar dari senarai ini.

    Namun begitu syarikat-syarikat tersebut juga diberi masa selama 6 bulan (sehingga 31 Mei 2014) untuk memastikan mereka kembali mematuhi syarat patuh syariah baharu yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

    Sebagai contoh pada hari ini 13 Disember 2013, SP Setia telah membuat pengumuman bahawa syarikatnya akan kembali tersenarai patuh syariah dengan penstrukturan yang telah dilakukan.

    Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti juga menyatakan bahawa semua pelabur yang memegang saham-saham syarikat yang terlibat dibenarkan menyimpan dividen atau keuntungan modal hasil dari pelupusan sekuriti tersebut sepanjang tempoh 6 bulan ini dan pendapatan tersebut masih diklasifikasikan sebagai patuh syariah.

    Sebagai pemegang saham, TH telah mengambil tindakan yang proaktif melalui perbincangan dengan syarikat-syarikat yang terlibat bagi mengenal pasti prospek syarikat tersebut kembali patuh syariah dalam masa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ahli-ahli Jabatan Pelaburan,  Panel Pelaburan, Panel Shariah dan Lembaga Pengarah TH sentiasa memantau  semua aktiviti pelaburan TH bagi memastikan pelaburannya sentiasa patuh syariah.

    TH sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dalam membuat pelaburan bagi menjamin pelaburannya sentiasa patuh syariah. TH mempunyai masa enam (6) bulan untuk menyimpan dan menjual saham-saham tersebut sehingga 31 Mei 2014.

    Garis panduan ini boleh dirujuk di laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti di http://www.sc.com.my/.

  • Apakah strategi pelaburan TH?
    Strategi pelaburan TH adalah berdasarkan kepada alokasi aset strategik TH yang telah dipersetujui oleh Jemaah Lembaga Pengarah serta diluluskan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Strategik Alokasi Aset (SAA) merupakan panduan rangkakerja pelaburan merangkumi pelbagai kelas aset yang terdiri daripada Ekuiti, Pendapatan Tetap, Hartanah dan Tunai. SAA ini melibatkan imbangan semula portfolio untuk tujuan pelaburan jangka panjang strategi pelaburan dalam memastikan pulangan yang objektif pada tahap risiko yang berpatutan.
  • Apakah sektor utama TH dalam membuat pelaburan?
    Pada masa kini TH membuat pelaburan ke dalam empat sektor utama iaitu ekuiti, pendapatan tetap, hartanah dan pasaran wang. TH sentiasa meneroka bidang-bidang pelaburan yang mampu menjana perolehan yang tinggi, mampan dan halal