Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

TH diterajui oleh tujuh (7) jabatan yang masing-masing mempunyai fungsi tersendiri yang disusun secara sistematik dan teratur bagi menjamin perkhidmatan yang cekap dan efisyen bagi setiap pihak samada pelanggan ataupun anggota.

  • Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif

    Bahagian Audit Dalam
    Bertanggungjawab menjalankan aktiviti secara bebas, objektif dan memberi perundingan yang dirancang untuk menambah nilai dan menambahbaik operasi organisasi. Bahagian ini turut membantu organisasi mencapai objektifnya melalui pendekatan yang sistematik dan teratur untuk menilai dan menambahbaik keberkesanan organisasi dalam mengurus risiko, kawalan dan keutuhan pengurusan.

    Bahagian Integriti
    Bertanggungjawab membentuk persekitaran perniagaan yang adil, telus dan bebas daripada rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Ia turut meningkatkan keberkesanan perniagaan dan tadbir urus korporat terbaik bagi kepentingan stakeholder dan pendeposit TH. Bahagian ini juga berperanan untuk meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan dan kawalan dalaman serta menerapkan budaya integriti di dalam organisasi.

    Bahagian Perundangan & Sekretariat
    Menyediakan khidmat nasihat korporat , gubalan, semakan dokumen perundangan, litigasi, penyiasatan, penyediaan dan pendakwaan kes-kes yang melibatkan kesalahan di bawah Akta Tabung Haji 1995 dan peraturan-peraturan berkuatkuasa dan perkhidmatan korporat dan kesetiausahaan.

    Bahagian Pengurusan Risiko
    Bertanggungjawab menerapkan budaya pengurusan risiko secara aktif dan konsisten di semua peringkat kumpulan TH. Memberikan khidmat nasihat yang bebas berdasarkan konsep pengurusan risiko demi menambahbaik keberkesanan operasi di kumpulan TH. Menguruskan risiko-risiko utama di TH berlandaskan Rangkakerja Pengurusan Risiko yang menyeluruh.

    Bahagian Syariah
    Bahagian Syariah berfungsi untuk menjalankan perundingan, penyelidikan dan menyemak aktiviti pelaburan, perniagaan dan operasi TH serta anak-anak syarikatnya berkenaan pematuhan Syariah. Ia juga bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan resolusi dan keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah serta menyelia pelaksanaannya dalam perniagaan dan operasi harian TH.

    Bahagian Syariah juga bertanggungjawab terhadap pematuhan Syariah melalui polisi, prosedur serta proses-proses yang sewajarnya bagi memastikan pematuhan Syariah yang berterusan.

    Bahagian Hal Ehwal Awam Dan Komunikasi Korporat Kumpulan
    Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perhubungan dalaman dan luaran, menyalurkan maklumat serta pengurusan imej dan identiti TH ke arah kecemerlangan.

    Pejabat Konsul Haji
    Bertanggungjawab dalam mewujudkan dan memelihara perhubungan baik antara TH dengan pihak berkuasa di Arab Saudi yang berkaitan dengan urusan haji, mengurus penyewaan bangunan untuk perumahan jemaah haji, mengurus pembelian bekalan yang ditentukan untuk Rombongan Haji dan jemaah haji Malaysia, dan memastikan jemaah umrah di bawah kelolaan anak syarikat TH mendapat perkhidmatan yang dijanjikan.

  • Pejabat Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif
  • Pejabat Ketua Pegawai Operasi
    JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI

    Jabatan ini adalah bertanggungjawab ke atas segala urusan simpanan dan pengeluaran wang pendeposit sama ada di pejabat-pejabat daerah, negeri dan ibu pejabat TH atau agensi-agensi yang dilantik oleh TH seperti Bank Islam, Bank Simpanan Nasional dan Pejabat-Pejabat Pos.

    Jabatan ini telah dan sedang berusaha untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi aktiviti pemasaran dan perkhidmatan bagi tujuan meningkatkan keyakinan pendeposit kepada TH.

    Bahagian Operasi Pejabat Cawangan
    Bertanggungjawab mengurus pentadbiran pejabat-pejabat cawangan TH di peringkat negeri, daerah dan mini bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan kepada pendeposit. Bertanggungjawab memastikan semua wang pendeposit yang diterima disalurkan ke akaun TH melalui bank-bank yang ditetapkan dalam sesingkat masa untuk memaksimumkan kegunaan dan pelaburan dana.

    Bahagian Simpanan dan Pengeluaran
    Mengurus kawalan akaun dan rekod pendeposit secara professional dan amanah; memberi perkhidmatan yang memuaskan bagi mempertingkatkan keyakinan semua umat Islam untuk terus menabung di TH serta mewujudkan perkhidmatan sistem simpanan dan pengeluaran di Malaysia dan di Arab Saudi.

    Bahagian Khidmat Pelanggan
    Merancang dan menyelaraskan strategi serta aktiviti pemasaran untuk dilaksanakan di Pejabat TH cawangan bersesuaian dengan matlamat semasa pengurusan TH. Menguruskan soal selidik untuk mendapatkan perspektif pendeposit dan pelanggan mengenai produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh TH.

    JABATAN SUMBER MANUSIA

    Jabatan Sumber Manusia menjadi rakan kongsi strategik di dalam membangunkan secara total keupayaan, bagi menyokong segala keperluan dan objektif organisasi. Jabatan ini membangunkan pasukan kerja yang kompeten, berkeyakinan dan berkebolehan di dalam meningkatkan produktiviti dan keberkesanan komuniti TH, di samping menggalakkan satu suasana budaya kerja yang berdaya saing. Mewujudkan dan mempromosikan satu persekitaran kerja yang sihat dan produktif, selaras dengan kehendak organisasi.

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas perancangan dan perlantikan tenaga kerja secara cekap dan efektif bagi memastikan “tenaga kerja yang positif, berdaya saing serta mempunyai kepakaran dan kesungguhan yang diperlukan dalam melaksanakan tugas dalam masa yang diperuntukkan”.

    Bahagian Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti
    Bertanggungjawab untuk membentuk dan membangunkan keperluan latihan bagi mempertingkatkan lagi motivasi, kepakaran dan keupayaan tenaga kerja yang sedia ada. Bahagian ini merupakan agen perubahan untuk melaksanakan dan memastikan prinsip-prinsip TQM (Total Quality Management) yang berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti dijadikan sebagai satu budaya kerja kepada semua anggota TH.

    Bahagian Perhubungan Anggota & Industri
    Bertanggungjawab untuk memastikan keharmonian perhubungan di kalangan anggota TH di samping memastikan peraturan dan undang-undang organisasi dipatuhi. Bahagian ini adalah bertanggungjawab bertindak sebagai pengantara di antara Pihak Pengurusan TH dengan para anggotanya.

    Secara keseluruhannya, rangkaian perkhidmatan ini diwujudkan bagi menyokong dan memastikan segala aspirasi dan objektif organisasi dapat di dukung oleh semua lapisan tenaga kerja TH.

  • Jabatan Kewangan

    Merancang, merumus dan menyediakan belanjawan bagi organisasi TH berdasarkan kepada keperluan jabatan-jabatan berkenaan bagi tujuan mencapai objektif organisasi dengan lebih berkesan. Disamping itu, jabatan ini memainkan peranan penting bagi mendapatkan pulangan yang maksimum dari pelaburan jangka pendek dan sewaan bangunan. Ia juga bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan TH selaras dengan kehendak piawaian dan kawalan kewangan yang mantap.

    Latarbelakang dan Fungsi Jabatan Kewangan
    Jabatan Kewangan adalah satu daripada enam (6) Jabatan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (KPKK) serta lima (5) Ketua Bahagian di Bahagian berikut:

    • Bahagian Pengurus Strategik Kewangan Kumpulan
    • Bahagian Perkhidmatan
    • Bahagian Perkhidmatan Pelaburan
    • Bahagian Pentadbiran Dan Perolehan
    • Bahagian Teknologi Maklumat

    Fungsi utama Jabatan Kewangan:

    1. Bertanggungjawab mentadbir dan mengawal Urusan Kewangan menurut Akta TH dan dasar-dasar yang ditetapkan oleh TH.
    2. Mewujudkan polisi serta peraturan kewangan yang efektif dan efisyen untuk pelaksanaan sistem dan prosedur kerja yang menzahirkan hasil kerja berkualiti.
    3. Melaksanakan analisa kewangan untuk membantu dalam membuat keputusan kewangan yang berkesan.
    4. Memantau, menilai dan menambahbaik operasi kewangan bersesusaian dengan perancangan kewangan yang diluluskan.

  • Jabatan Haji

    Menyedia dan menyelaraskan semua perkhidmatan yang diperlukan bagi membolehkan umat Islam Malaysia menunaikan fardhu haji dengan sempurna, selamat dan dengan kos yang efektif agar mendapat haji yang mabrur.

    Bahagian Pengurusan Haji
    Bertanggungjawab dalam menyediakan infrastruktur pengurusan dan operasi haji bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji dan mengawal serta menyelaras aktiviti kebajikan jemaah haji sesuai dengan kedudukan mereka sebagai Tetamu Allah.

    Bahagian Operasi Domestik
    Bertanggungjawab dalam urusan pengendalian jemaah haji yang meliputi pendaftaran haji, peruntukan pasport, alokasi penerbangan dan penyelarasan visa haji dan pengurusan Operasi Haji Tanah Air.

    Bahagian Bimbingan
    Bertanggungjawab untuk menyediakan modul bimbingan haji bersepadu, menerbitkan bahan-bahan bimbingan haji bagi rujukan utama jemaah haji dan membangunkan pengkursus-pengkursus dan Guru Agama sebagai pembimbing jemaah haji yang berkesan.

    Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Haji
    Bertanggungjawab dalam menyedia, merancang dan mengawal aktiviti penyelidikan dan pembangunan haji (R&D) dari semasa ke semasa berdasarkan bajet yang disediakan. Menerajui Pasukan Penggerak Utama (PPU) dan urusetia Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 Perkhidmatan Haji (SPK ISO PH) serta inisiatif-inisiatif penambahbaikan. Menjalankan aktiviti-aktiviti pengajian haji di bawah program Akademi Haji.

    Bahagian Agensi Haji
    Mengawalselia Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 27-36, Akta TH 1995 serta menguatkuasakan sebarang pelanggaran terhadap seksyen tersebut serta meningkatkan tahap profesionalisma pengurusan haji PJH sebagai sebahagian daripada pengurusan haji Malaysia yang cemerlang.

  • Jabatan Pelaburan

    Jabatan ini bertanggungjawab untuk semua urusan pelaburan dalam sektor ekonomi yang diluluskan Syariah bertujuan memberi pulangan yang kompetitif. Tumpuan yang utama yang diberikan oleh jabatan ini adalah termasuk langkah-langkah mempelbagaikan dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti pelaburan bagi meningkatkan keuntungan dan berusaha ke arah pengemblengan dana ummah di samping meningkatkan usaha pengeluaran barangan dan kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Penekanan akan terus dibuat kepada syarikat-syarikat yang berdaya maju dan mempunyai pengurusan yang cekap.

    Jabatan ini sentiasa berusaha mengenalpasti sektor-sektor industri yang berpotensi tinggi yang berkembang agar dapat menjamin serta memastikan kejayaan pelaburannya.

  • Jabatan Kewangan Korporat Dan Perkhidmatan

    Jabatan Kewangan Korporat Dan Perkhidmatan bertanggungjawab memperkukuhkan pelaburan saham TH melalui penilaian peluang pelaburan strategik dan hartanah yang komprehensif, sistem pemantauan yang cekap dan mantap, pemuliharaan dan penambahbaikan pelaburan TH serta kawalselia urustadbir korporat. Di samping itu, JPK juga memastikan pengstrukturan dan tindakan korporat (corporate exercise) setiap pelaburan saham dan hartanah memanfaatkan TH demi menjaga kepentingan TH melalui perancangan strategik organisasi.

    Objektif Jabatan Kewangan Korporat Dan Perkhidmatan (CFS) ialah memperkukuhkan pelaburan saham dan hartanah TH melalui penilaian peluang strategik yang komprehensif, sistem pemantauan cekap dan mantap, pemulihan dan penambahbaikan pelaburan TH serta kawalselia urustadbir korporat terbaik. Disamping itu, Jabatan CFS juga berperanan memastikan setiap pengstrukturan dan tindakan korporat atas pelaburan saham dan hartanah dimanfaatkan demi kepentingan TH.