Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Jangkitan MERS-CoV

  • Mula dilaporkan sejak tahun 2012 di Arab Saudi
  • MERS-CoV adalah salah satu ahli keluarga (strain) dari kumpulan coronavirus
  • Menyebabkan jangkitan saluran pernafasan akut
  • Kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku di rantau Timur Tengah, khususnya di Arab Saudi
  • Status MERS-CoV sehingga 1 Jun 2015 (data WHO) sejumlah 1152 kes MERS-CoV yang disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan dengan 434 kematian).
  • Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengeluarkan sebarang larangan lawatan (travel restriction)
  • Sehingga kini, negara-negara yang telah melaporkan kejadian jangkitan MERS-CoV kepada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah:
Rantau Timur TengahAfrikaEropahAsiaAmerika Utara
Jordan
Kuwait
Oman
Saudi Arabia(KSA)
Yemen
United Arab Emirates(UAE)
Egypt
Tunisia
France
Germany
Greece
Itali
United Kingdom
Netherland
Malaysia
Philipines
United State of America
  • Gejala utama jangkitan MERS-CoV:
    • Demam
    • Kesukaran untuk bernafas
    • Radang paru-paru (pneumonia)
    • Cirit birit (sebahagian kes)
  • Bagi individu yang menghidapi penyakit kronik & kurang daya tahan jangkitan (immunocompromised)
    • Gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk yang tidak lazim (atypical)
  • Perkara-perkara berikut TIDAK DIKETAHUI bagi jangkitan MERS-CoV:
    • Punca jangkitan (source of infection)
    • Cara jangkitan (mechanism of transmission)
    • Tahap penularan jangkitan MERS-CoV secara keseluruhannya
  • TIADA vaksin bagi melawan jangkitan MERS-CoV
  • TIADA rawatan khusus bagi jangkitan MERS-CoV
  • Rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah berdasarkan gejala jangkitan yang dialami (symptomatic treatment)
  • Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengeluarkan sebarang larangan lawatan (travel restriction) ke negara-negara yang terlibat

Golongan Berisiko Tinggi

  • Individu yang berumur 65 tahun ke atas
  • Wanita mengandung
  • Individu yang menghidapi penyakit kronik seperti bronchial asthma, kencing manis, darah tinggi, penyakit saluran pernafasan kronik, kegagalan organ seperti buah pinggang, sakit jantung, penyakit yang berkaitan dengan hati, darah dan urat saraf
  • Individu yang mempunyai kurang daya tahan
  • Individu yang obes

Nasihat Kesihatan: MERS-CoV

PERSIAPAN AWAL SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI

  • Disarankan mengambil vaksin Influenza dan Pneumococcal
  • Bawa bersama bekalan penutup mulut dan hidung (mask)
  • Bawa bersama hand sanitizer
  • Tidak merokok
  • Sediakan bekalan ubat mencukupi
  • Dapatkan rawatan segera apabila jatuh sakit
  • Amalkan aktiviti fizikal seperti bersenam dan sebagainya
  • Makan secara sihat
  • Bijak menangani stress
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
  • Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun, terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman
  • Jika tiada air dan sabun, gunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer)
  • Semasa dalam tempoh lawatan ke Tanah Suci, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu
  • Semasa dalam tempoh lawatan ke Tanah Suci
    • ELAKKAN dari menjamah makanan mentah atau tidak dimasak
    • ELAKKAN dari menjamah buah-buahan mahupun sayuran yang tidak dibasuh terlebih dahulu
    • ELAKKAN dari meminum minuman yang menggunakan bekalan air tidak dirawat
    • ELAKKAN dari melawat ke ladang haiwan (khususnya ladang unta); atau
    • ELAKKAN dari menyentuh sebarang jenis haiwan
    • ELAKKAN dari mendekati atau menyentuh orang sakit
  • Jemaah yang mengalami gejala jangkitan respiratori (seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak):
  • Perlu mendapatkan rawatan SEGERA
  • Perlu menghadkan pergaulan dengan individu sihat di sekeliling mereka
  • Perlu memakai penutup mulut dan hidung (mask) apabila terpaksa berhubung / berurusan dengan orang lain