Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Pelaburan Hartanah

Portfolio hartanah domestik dan antarabangsa terus menjadi aktiviti teras TH di dalam usaha untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan dan menjana pulangan pelaburan yang baik dan berterusan.

TH telah menambah satu (1) lagi hartanah iaitu Hotel Al-Aqiq di Madinah, Arab Saudi. Usaha-usaha melabur di dalam pasaran hartanah di dalam negara terus dipertingkatkan bagi memberikan keuntungan jangka masa panjang. TH juga sentiasa meninjau peluang-peluang pelaburan di pasaran hartanah di luar negara yang berdaya maju.

Pada tahun ini, TH telah meneruskan pembangunan sebuah kompleks di Putrajaya yang bakal menempatkan pejabat agensiagensi di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di mana ianya sedang di peringkat akhir dan dijangka akan mula diduduki pada tahun 2016.

TH juga telah mengambil peluang terhadap pertumbuhan pasaran hartanah yang menggalakkan di United Kingdom serta tukaran wang asing yang baik untuk menjual 151 Buckingham Palace Road, London.

Menerusi penglibatan di dalam sektor hartanah, TH terus menyumbang di dalam usaha mempromosi pembangunan kewangan Islam. Pada tahun ini, TH telah melaksanakan pembiayaan semula bangunan pejabat milik TH di 3 Collins Square, Melbourne, Australia di dalam denominasi dollar Australia secara patuh syariah sepenuhnya, pertama kali seumpamanya melibatkan hartanah di Australia. Hartanah tersebut telah dibeli pada tahun 2013.