Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Perkhidmatan Klinik Maktab/Zon

Perkhidmatan klinik maktab di Makkah dan klinik zon di Madinah disediakan di bangunan-bangunan penginapan jemaah haji di Makkah dan Madinah bagi memudahkan jemaah haji mendapatkan rawatan. Antara lain fungsian perkhidmatan klinik ini meliputi  :-

  1. Menyambut ketibaan jemaah haji;
  2. Rawatan pesakit luar;
  3. Rawatan kecemasan;
  4. Rujukan pesakit ke hospital Tabung Haji;
  5. Menyelaras program pendidikan kesihatan;
  6. Rawatan ke bilik bagi kes-kes tertentu;
  7. Pengesahan kematian;
  8. Rujukan pesakit ke Hospital Arab Saudi

Bagaimana Hendak Mendapatkan Rawatan Sekiranya Anda Sakit Di Tanah Suci :

  1. Memberitahu Pengurus Maktab/Petugas Muassasah/rakan sebilik (saudara mara) supaya menghantar anda ke klinik Maktab / Zon yang berhampiran untuk menerima rawatan awal.
  2. Menunggu ketibaan Pasukan Peronda Perubatan datang (sekiranya boleh tunggu dan anda tidak boleh berjalan).
  3. Jika berlaku kecemasan di luar tempat kediaman segera ke Pejabat TH / Klinik Malaysia yang berhampiran atau hubungi Hotline TH di Tanah Suci : 02-5704433.

Waktu Klinik (Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan kepada Jemaah Haji)

  • 7:00 pagi hingga 2:00 tengahari
  • 4:30 petang hingga 10:00 malam

RAWATAN KECEMASAN DIBUKA 24 JAM