Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Persekitaran Pasaran Yang Mesra

Dalam operasi perniagaannya, TH mengutamakan kepentingan para pendeposit, bakal-bakal jemaah dan rakan-rakan perniagaan dengan memastikan setiap perkhidmatan diberikan mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksima serta memberi impak positif kepada masyarakat. TH berusaha mewujudkan perkhidmatan yang mesra pelanggan agar semua pihak berkepentingan mendapat kesan positif.

  • Subsidi Haji

    Pelaburan CSR yang terbesar dan terpenting ialah peruntukan subsidi haji untuk Jemaah Haji Muassasah pertama kali pada setiap tahun. Pemberian subsidi ini telah membantu mengekalkan bayaran haji seorang jemaah pada RM9,980 walaupun kos haji sebenar pada 2015 adalah RM17,270 bagi setiap seorang jemaah.

    Sejak 2001, TH telah menyumbang subsidi ini sebagai kebajikan untuk Jemaah Haji Malaysia. Pemberian subsidi ini merangkumi kos operasi haji di Malaysia dan di Tanah Suci. Selain itu, TH juga memperuntukkan sebahagian besar perbelanjaan untuk menampung operasi sokongan haji yang merangkumi bimbingan haji, khidmat rawatan dan kewangan serta khidmat petugas haji.

  • Dana Tabung Warga Tua (Dana TWT)

    TH juga meneruskan inisiatif tabung warga tua iaitu Dana TWT yang ditubuhkan sejak 2000. Dana ini bertujuan membiayai sebahagian daripada jumlah bayaran haji bagi jemaah warga emas yang memenuhi kesemua syarat-syarat permohonan dan terpilih untuk menunaikan haji tetapi mengalami kesukaran kewangan untuk membuat bayaran haji mereka.

    Sumber utama dana TWT adalah daripada sumbangan TH dan individu-individu lain.

  • Sahabat Korporat

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, TH terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat korporat bagi menaja barangan yang diperlukan sepanjang musim haji menerusi program Sahabat Korporat.

    Pelbagai syarikat telah mengambil bahagian dan menyumbang pelbagai produk bernilai jutaan ringgit. Sumbangan tersebut termasuk beg troli, beg sandang, vitamins tambahan, kad SIM dan tali pengenalan. Kesemua barangan tersebut diagihkan kepada para Jemaah Haji sebelum mereka bertolak ke Tanah Suci untuk kegunaan di sana.

  • Bonus Pendeposit

    Pada 2015, bayaran bonus berjumlah RM3.2juta telah diagihkan kepada 8.6 juta pendeposit TH sebagai menghargai kepercayaan dan sokongan berterusan mereka kepada TH. Ia ditawarkan menerusi bonus tahunan yang kompetitif iaitu sebanyak 6.25%.

    TH juga telah membayar Bonus Haji tambahan sebanyak 2% untuk para pendeposit yang belum menunaikan haji. Bonus tambahan ini diharap dapat membantu menambah simpanan haji mereka.