Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Langkah-langkah yang perlu di ambil bagi penjagaan kesihatan di tanah air :

  • Jagalah kesihatan diri dan amalkan gaya pemakanan yang baik serta lakukan senaman.
  • Elakkan dari menyembunyikan penyakit yang dihidapi ketika menjalani pemeriksaan kesihatan.
  • Diwajibkan menghadiri ceramah kesihatan yang dianjurkan oleh pihak TH iaitu Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji dan Kursus Perdana Haji.

Senaman :-
Lakukanlah senaman setiap tiga hari seminggu selama 15-20 minit.

  • Disyorkan senaman berjalan dan lakukan sebagaimana berikut :-
  • Senaman dimulakan dengan berjalan sederhana selama 1 minit dan berjalan perlahan selama 4 minit dan ulang 3 kali untuk jadikan jumlah 15 minit.
  • Pada peringkat permulaan jarak yang tidak terlalu jauh dipilih dan jarak jauh berjalan di tambah secara berperingkat sehingga mencapai 5-6 kilometer. Alternatifnya senaman boleh dimulakan dengan tempoh 5-10 minit dan akhirnya setelah beberapa minggu mencapai tempoh 40 minit.
  • Perlu dimulakan 5 atau 6 bulan sebelum anda ke Tanah Suci.
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum dan selepas senaman jika ada masalah kesihatan.

Amalkan gaya pemakanan yang sihat :-
Amalkan amalan makan yang baik berasaskan garis panduan makanan seperti berikut :-

  • Makan pelbagai jenis makanan.
  • Imbangkan makanan yang anda makan dengan aktiviti fizikal.
  • Pilih makanan yang banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Pilih makanan mengandungi gula dan garam yang sederhana.
  • Pilih makanan rendah lemak dan rendah kolesterol.
  • Makan makanan yang bersih dan selamat.
  • Minum banyak air kosong.