Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Panduan Kesihatan Di Tanah Suci

Perubahan cuaca, gaya hidup seharian, kepadatan penduduk di Kota Makkah dan aktiviti-aktiviti ibadah haji yang dilakukan boleh menyebabkan tekanan kepada Jemaah haji. Adalah perlu semua bakal haji mempersiapkan diri bagi menghadapi situasi ini serta mengamalkan panduan berikut sewaktu di Tanah Suci :

  • Sentiasa bersabar
  • Pakai pakaian yang bersesuaian ; putih lebih sesuai jika cuaca panas
  • Elak kesejukan melampau dengan berpakaian tebal, berstokin dan menutup khususnya ketika di Madinah.
  • Tutuplah mulut dan hidung dengan ‘mask’, serban atau tudung kepala yang nipis apabila berada di kawasan berdebu.
  • Teruskan amalan meminum air kosong setiap kali pulang dari masjid atau berjalan. Perlu minum 2-3 liter sehari khususnya apabila hawa panas.
  • Makan makanan yang berzat termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Cuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.
  • Kerjakan ibadat sunat setakat mana keadaan kesihatan mengizinkan.
  • Dapatkan rawatan awal bagi mengelak penyakit menjadi teruk.
  • Elakkan berada ditempat awam sewaktu sesak.