Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|
  • Bimbingan
    MAKLUMAT AM

    Bahagian Bimbingan

      Objektif :

    1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai ibadat haji, umrah dan ziarah
    2. Meningkatkan kesedaran mengenai situasi sebenar di Tanah Suci
    3. Membantu melahirkan ummah yang bertaqwa yang memahami fungsi mereka selepas kembali dari melaksanakan ibadat haji

    Perkhidmatan Bimbingan

    Program Pembangunan Jemaah Haji Malaysia

      Bertanggungjawab untuk menyelaras dan menyediakan modul bimbingan haji bersepadu melalui kursus berikut :

    1. Kursus Asas Haji
    2. Kursus Intensif Haji
    3. Kursus Khas Haji
    4. Kursus Perdana Haji

    KURSUS-KURSUS HAJI
    • i. Kursus Asas Haji (KAH)

      Kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan bermula dari bulan Rabiul Awwal sehingga Jamadil Akhir pada setiap tahun. Kursus diadakan pada setiap hujung minggu iaitu 2 jam bagi setiap siri (diadakan sebanyak 17 siri).

      Kursus Asas Haji ini diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negeri dengan kerjasama antara Tabung Haji dan jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan Agama Islam Negeri). Modul kursus merangkumi pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan Ibadat Haji, Kesihatan dan Pengurusan Haji di Tanah Air dan Tanah Suci.

      Peserta kursus tidak dihadkan kepada jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini.

    • ii. Kursus Intensif Haji (KIH)

      Kursus haji peringkat kedua yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan dalam bulan Rejab dan Sya’aban pada setiap tahun.

      Kursus diadakan selama 2 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah serta ulangkaji ibadat. Modul juga merangkumi Ibadat haji, Penjagaan Kesihatan dan Pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci.

      Hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.

    • iii. Kursus Khas Haji (KKH)

      Kursus haji ini adalah lanjutan kepada Kursus Intensif Haji. Diadakan selepas Kursus Intensif Haji. Tempoh kursus adalah selama 1 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini adalah latih tubi praktikal ibadat dalam kelompok kecil dan lebih khusus.

      Peserta kursus adalah terdiri daripada mereka yang mendapat markah 39% dan ke bawah dalam ujian kefahaman ibadat Kursus Intensif Haji dan mereka yang terpilih di saat akhir.

      Pejabat TH Negeri atau Daerah akan mengeluarkan surat jemputan kepada bakal jemaah haji yang terlibat.

    • v. Kursus Perdana Haji (KPH)

      Kursus haji peringkat akhir yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan dalam bulan Syawal disetiap negeri. Kursus ini akan mengumpulkan bakal jemaah haji dari seluruh daerah bagi setiap negeri.

      Kursus ini diadakan selama 1 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah dalam kelompok jemaah yang lebih ramai. Ia melibatkan aktiviti bermabit dan melontar pada waktu malam. Bakal jemaah haji akan bermalam di tempat kursus.

      Hanya bakal jemaah haji yang tepilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.


    Program Pembangunan Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) /Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS)
    1. Program Pengkursus / Pembimbing Ibadat Haji

      Menyedia dan melaksanakan program Pembangunan Pengkursus/ Pembimbing Ibadat Haji seperti berikut:

    1. Bengkel Penilaian Ibadat Haji Tanah Suci
    2. Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan
    3. Kelas Intensif Tafaqquh Haji dan Umrah
    4. Kursus Pengukuhan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS)
    5. Kursus Training of Trainers (TOT) Pengkursus Baru

    Program-program ini diadakan bagi membentuk PEKTA/PIHTAS yang berilmu, seragam dan selaras serta mampu membimbing jemaah haji di Malaysia dan Tanah Suci dengan baik dan berkesan. Mereka yang telah mengikuti program ini dengan jaya akan diberi Kad Tauliah mengajar Haji dan Umrah oleh TH. PEKTA yang telah diberikan kad tauliah mengajar haji dan umrah telah tamat tempoh hendaklah membuat permohonan pembaharuan dengan mengisi borang (Brg/PH/HB/05-05 (pindaan 4/2015) selewat-lewat 2 bulan sebelum tamat tarikh kuatkuasa kad.

    Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) merupakan program usahasama TH dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam usaha memastikan setiap PEKTA melalui proses pembelajaran berbentuk akademik secara sistematik dan berkesan untuk membimbing jemaah haji. Maklumat lanjut klik disini.

    2. Perlantikan Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA)

      Membuat permohonan melalui pejabat TH Negeri atau Daerah. Mengisi borang permohonan Brg/PH/HB/05-03 (pindaan 4/2015). Hendaklah memenuhi kriteria berikut sebelum mengisi borang:

    • Telah menunaikan fardhu haji dan umrah
    • Telah mempunyai tauliah mengajar yang sah dan masih berkuatkuasa dari Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri
    • Mempunyai latarbelakang pendidikan agama dengan kelulusan Diploma Pengajian Islam / Pendidikan Islam
    • Berakhlak mulia dan tidak merokok.

    *Pemohon akan mengambil ujian bertulis dan lisan sebelum dilantik menjadi PEKTA.


    (Senarai Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) bagi tahun semasa)

    3. Perlantikan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS)
    1. Menjadi PEKTA Negeri atau Daerah serta dicalon oleh Pengarah TH Negeri
    2. Disahkan oleh Bahagian Bimbingan
    3. Menghadiri muzakarah haji (dalam tempoh 3 tahun terdahulu)
    4. Lulus temu duga Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
    5. Tidak terlibat membawa jemaah haji
    6. Sihat tubuh badan dan umur tidak melebihi 60 tahun

    4. Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)

    Keanggotaan jawatankuasa adalah terdiri daripada 10 orang ahli yang terdiri daripada para alim ulama dan ahli akademik yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu Islam.
    Pengurus Besar Bimbingan Haji adalah sebagai Setiausaha jawatankuasa ini.

      Bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:

    1. Memutuskan kedudukan hukum hakam berkaitan isu-isu ibadat haji yang dirujuk
    2. Memberi cadangan kepada Pengurusan TH berkaitan isu-isu pelaksanaan ibadat haji
    3. Mengesahkan semakan ke atas bahan penerbitan ibadat haji yang dikeluarkan oleh TH
    4. Bertugas sebagai anggota jemaah Pakar Rujuk Ibadat Haji dalam Rombongan Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci

    (Senarai Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM))


    5. Perkhidmatan Upah Badal Haji

    Badal Haji adalah haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syarat tertentu. Badal Haji merupakan khidmat tambahan TH kepada Pendeposit. TH akan membuka pendaftaran Badal Haji bermula pada bulan Rejab setiap tahun. Proses pendaftaran Badal Haji boleh dibuat di semua pejabat cawangan TH. Tarikh sebenar pendaftaran akan dimaklumkan kelak. Permohonan pendaftaran adalah terhad seramai 2000-3000 orang sahaja (di seluruh negara). Pendaftaran secara terbuka dengan konsep yang dahulu di dahulukan. Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah RM3,000.00 untuk satu permohonan. TH akan mendebitkan amaun bagi bayaran tersebut dari Akaun TH pemohon. Sebagai tanda penyempurnaan ibadat Badal Haji ini TH akan memberi hadiah barangan Badal Haji iaitu : Sijil, Kopiah, Sejadah, Tasbih dan Kain Tudung (Wanita) selepas selesai operasi haji tahun semasa.

    6. Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)

    Mulai tahun 2012 Pengurusan TH telah mengadakan Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ). Ianya sebagai medium penyatuan ummah dengan pembentukan generasi haji melalui ibadat haji. Objektif program adalah bagi mengekalkan dan meningkatkan hubungan silaturahim dikalangan jemaah haji setempat, mengekalkan roh haji dan sebagai satu wadah ilmu dikalangan jemaah haji selepas pulang dari Tanah Suci.

    (Senarai lokasi mengikut negeri)

    7. Program Bimbingan Haji Melalui Penerbitan Haji

    Bahagian Bimbingan juga menyediakan bahan-bahan penerbitan bimbingan ibadat haji seperti berikut:

    • 1. Penerbitan Buku
      • Buku Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah (Rumi)
      • Buku Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah (Jawi)
      • Buku Soal Jawab Haji dan Umrah (Rumi)
      • Buku Soal Jawab Haji dan Umrah (Jawi)
      • Buku Panduan Perjalanan Jemaah Haji
      • Buku Himpunan Doa-doa Terpilih di Tanah Suci
      • Buku Ringkasan Ibadat Haji
      • Wirid Terpilih Untuk Dhuyuf Al-Rahman

      Buku Panduan Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, Buku Soal Jawab Haji dan Umrah, Himpunan Doa Terpilih di Tanah Suci serta Wirid Terpilih Dhuyuf Al-Rahman diberi secara percuma kepada Jemaah Haji terpilih tahun semasa sebelum bertolak ke Tanah Suci

      Buku-buku ini juga boleh diperolehi dengan membelinya melalui wakil jualan buku di kedai buku dan pustaka seluruh malaysia.

    • 2. Penerbitan Program di Media Elektronik
      • Seruan Haji di Radio RTM 1
      • Seruan Haji di Radio Saluran Klasik Nasional.fm
      • Lambaian Kaabah di Radio Saluran IKIM.fm
      • Penerbitan VCD Panduan Ibadat Haji Tamattu’, Ifrad dan Qiran
      • Penerbitan VCD Panduan Perjalanan Haj
    • 3. Penerbitan Program di Media Cetak 3
      • Bicara Haji (Utusan Malaysia)
    • 4. Penerbitan Risalah/Poster
      • Penerbitan Risalah Perjalanan Haji
      • Penerbitan Risalah Senarai Semak Ibadat Haji/Umrah
      • Penerbitan Poster Tanah Suci
      • Penerbitan Risalah Wanita - Panduan Untuk Jemaah Haji

      Risalah dan senarai semak juga diberi secara percuma kepada Jemaah Haji terpilih tahun semasa sebelum bertolak ke Tanah Suci.

  • Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji

    Semua bakal haji adalah diwajibkan untuk melalui proses pemeriksaan kesihatan sebagaimana ketetapan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Melaluinya status kesihatan bakal haji dapat disaring, rawatan awal dapat diberikan dan rekod rawatan diperolehi dan dicatatkan di dalam Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji. Ini akan memudahkan sekiranya bakal haji tersebut memerlukan rawatan ketika berada di Tanah Suci nanti.

    • Tujuan Pemeriksaan Kesihatan Dilakukan

      Tujuan Pemeriksaan Kesihatan Adalah Untuk :-

      • Memastikan peraturan Haji Kerajaan Arab Saudi dipatuhi;
      • Mendapatkan suntikan wajib Meninggococcal Meningitis Quadrivalent (ACYW -135). Suntikan boleh diperolehi percuma di Klinik dan Hospital Kerajaan;
      • Memastikan bakal haji tidak mengidap penyakit merbahaya atau penyakit berjangkit;
      • Memastikan penyakit dikesan awal, dirawat dan distabilkan disamping keperluan ubatan dapat dikenalpasti;
      • Menyediakan rekod rawatan lengkap untuk rujukan ketika di Tanah Suci;
      • Mengesan bakal haji wanita yang hamil. Wanita hamil tidak diluluskan untuk menunaikan haji;
      • Mengesan kes tidak siuman atau nyanyuk. Kes-kes ini dikhuatiri boleh menyebabkan haji tidak sah;
      • Mengenalpasti bakal haji berpenyakit kronik;

      Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-84, yang telah bersidang pada 15 Disember 2008 memutuskan bahawa :-

      • Pesakit yang mengidap penyakit kronik yang tiada harapan sembuh seperti sakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanaya adalah tidak wajib menunaikan haji;
      • Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan; dan
      • Sekiranya telah sembuh daripada penyakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.

      Catatan : Semua kes berkaitan penyakit ini tidak layak dibawa ke Jawatankuasa Rayuan Peringkat Negeri dan tidak boleh diluluskan oleh mana-mana Pakar Perubatan termasuk Pakar Nefrologi.

    • Tempat Pemeriksaan Kesihatan Dapat Dilakukan

      Tempat Pemeriksaan Bakal Haji Boleh Dilakukan

      1. Pemeriksaan kesihatan di Hospital atau Klinik Kerajaan
        • Bakal haji diminta berhubung dengan Pejabat Tabung Haji yang berhampiran bagi makluman berkenaan tarikh dan jadual pemeriksaan kesihatan bakal haji di daerah masing-masing
        • Pemeriksaan kesihatan ini adalah percuma
        • Pemeriksaan kesihatan hanya boleh dilakukan dengan Pegawai Perubatan yang mempunyai Nombor Pendaftaran Pemeriksaan Kesihatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri sahaja
      2. Pemeriksaan kesihatan di Klinik Swasta
        • Bagi bakal haji yang memilih untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Swasta, kosnya hendaklah ditanggung sendiri oleh jemaah haji.
        • Hanya boleh dilakukan di Klinik Swasta dimana Pegawai Perubatannya mempunyai Nombor Pendaftaran Pemeriksaan Kesihatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri sahaja. Bakal haji perlu memastikan Pegawai Perubatan mempunyai nombor pendaftaran tersebut sebelum menjalani pemeriksaan.
        • Senarai klinik swasta yang layak menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas bakal haji mengikut negeri :-

        HOSPITAL/KLINIK KERAJAAN HOSPITAL/KLINIK SWASTA
        Perlis Perlis
        Kedah Kedah
        Pulau Pinang Pulau Pinang
        Perak Perak
        Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
        Wilayah Persekutuan Labuan Wilayah Persekutuan Labuan
        Selangor Selangor
        Negeri Sembilan Negeri Sembilan
        Melaka Melaka
        Johor Johor
        Pahang Pahang
        Terengganu Terengganu
        Kelantan Kelantan
        Sabah Sabah
        Sarawak Sarawak
    • Contoh Nombor Pendaftaran Pemeriksaan Kesihatan

      Nombor Pendaftaran Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji

      Nombor pendaftaran ini diberikan oleh KKM kepada Pegawai Perubatan yang layak membuat pemeriksaan kesihatan kepada bakal haji.

      Ianya sah digunakan hanya untuk tempoh satu tahun dan perlu diperbaharui untuk tahun berikutnya.

      Alt text

    • Carta Aliran Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji
    • Maklumat Imunisasi

      Imunisasi / Pelalian Tambahan

      1. Imunisasi wajib :
        • Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135)
          • Suntikan wajib untuk semua jemaah haji - arahan pihak berkuasa Arab.
          • Perlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah Suci.
          • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama dua (2) tahun.
          • Sila dapatkan dengan percuma di hospital / klinik kerajaan sahaja (rujuk Pejabat TH berhampiran).
      2. Imunisasi pilihan (dibiayai sendiri oleh bakal haji) :
      3. Bakal jemaah haji amat digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan ini untuk membina daya pertahanan badan melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu :-

        • Vaksin Influenza
          • Terbaik diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
          • Selamat diambil kecuali mereka yang alergik terhadap telur.
          • Bakal Haji berumur 50 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini.
          • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 1 tahun.
        • Vaksin Pneumokokus
          • Bakal Haji berumur 50 tahun keatas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang serius di paru-paru yang disebabkan oleh bakteria.
          • Penyakit ini merupakan penyakit utama dikalangan kanak- kanak dan warga tua di Tanah Suci.
          • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 5 tahun.
    • Maklumat Tambahan
      • Panduan Penjagaan Kesihatan di Tanah Air

        Langkah-langkah yang perlu di ambil bagi penjagaan kesihatan di tanah air :

        • Jagalah kesihatan diri dan amalkan gaya pemakanan yang baik serta lakukan senaman.
        • Elakkan dari menyembunyikan penyakit yang dihidapi ketika menjalani pemeriksaan kesihatan.
        • Diwajibkan menghadiri ceramah kesihatan yang dianjurkan oleh pihak TH iaitu Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji dan Kursus Perdana Haji.

        Senaman :-
        Lakukanlah senaman setiap tiga hari seminggu selama 15-20 minit.
        Disyorkan senaman berjalan dan lakukan sebagaimana berikut :-

        • Senaman dimulakan dengan berjalan sederhana selama 1 minit dan berjalan perlahan selama 4 minit dan ulang 3 kali untuk jadikan jumlah 15 minit.
        • Pada peringkat permulaan jarak yang tidak terlalu jauh dipilih dan jarak jauh berjalan di tambah secara berperingkat sehingga mencapai 5-6 kilometer. Alternatifnya senaman boleh dimulakan dengan tempoh 5-10 minit dan akhirnya setelah beberapa minggu mencapai tempoh 40 minit.
        • Perlu dimulakan 5 atau 6 bulan sebelum anda ke Tanah Suci.
        • Dapatkan nasihat doktor sebelum dan selepas senaman jika ada masalah kesihatan.

        Amalkan gaya pemakanan yang sihat :-
        Amalkan amalan makan yang baik berasaskan garis panduan makanan seperti berikut :-

        • Makan pelbagai jenis makanan.
        • Imbangkan makanan yang anda makan dengan aktiviti fizikal.
        • Pilih makanan yang banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
        • Pilih makanan mengandungi gula dan garam yang sederhana.
        • Pilih makanan rendah lemak dan rendah kolesterol.
        • Makan makanan yang bersih dan selamat.
        • Minum banyak air kosong.
      • Khas Untuk Wanita (Haid)
        • Kedatangan Haid

        • Tiada jadi masalah ketika kedatangan haid kecuali sewaktu tawaf dan saie.

        • Pengambilan ubat hormon

        • Untuk bakal haji wanita yang ingin memberhentikan haidnya dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat hormon. Dinasihatkan juga, pengambilan ubat ini dimulakan sebulan sebelum bertolak ke Tanah Suci agar dapat membiasakan diri dengan ubat hormon yang diambil dan jika tidak sesuai lebih baik tidak diambil. Bakal haji wanita yang mengalami masalah haid juga di nasihatkan berjumpa dengan Pakar Obstetrik Dan Ginekologi sebelum berangkat ke Tanah Suci.

        • Ubat penahan sakit

        • Bagi bakal jemaah haji wanita yang sering menghadapi masalah sakit ketika kedatangan haid, dinasihatkan membawa bekalan ubat penahan sakit yang diamalkan jika perlu.

      • Risiko Penyakit Berjangkit (MERS-CoV)

        Jangkitan MERS-CoV

        • Mula dilaporkan sejak tahun 2012 di Arab Saudi
        • MERS-CoV adalah salah satu ahli keluarga (strain) dari kumpulan coronavirus
        • Menyebabkan jangkitan saluran pernafasan akut
        • Kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku di rantau Timur Tengah, khususnya di Arab Saudi
        • Status MERS-CoV sehingga 1 Jun 2015 (data WHO) sejumlah 1152 kes MERS-CoV yang disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan dengan 434 kematian).
        • Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengeluarkan sebarang larangan lawatan (travel restriction)
        • Sehingga kini, negara-negara yang telah melaporkan kejadian jangkitan MERS-CoV kepada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah:

        Rantau Timur Tengah Afrika Eropah Asia Amerika Utara
        Jordan
        Kuwait
        Oman
        Saudi Arabia(KSA)
        Yemen
        United Arab Emirates(UAE)
        Egypt
        Tunisia
        France
        Germany
        Greece
        Itali
        United Kingdom
        Netherland
        Malaysia
        Philipines
        United State of America
        • Gejala utama jangkitan MERS-CoV:
          • Demam
          • Kesukaran untuk bernafas
          • Radang paru-paru (pneumonia)
          • Cirit birit (sebahagian kes)
        • Bagi individu yang menghidapi penyakit kronik & kurang daya tahan jangkitan (immunocompromised)
          • Gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk yang tidak lazim (atypical)
        • Perkara-perkara berikut TIDAK DIKETAHUI bagi jangkitan MERS-CoV:
          • Punca jangkitan (source of infection)
          • Cara jangkitan (mechanism of transmission)
          • Tahap penularan jangkitan MERS-CoV secara keseluruhannya
        • TIADA vaksin bagi melawan jangkitan MERS-CoV
        • TIADA rawatan khusus bagi jangkitan MERS-CoV
        • Rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah berdasarkan gejala jangkitan yang dialami (symptomatic treatment)
        • Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengeluarkan sebarang larangan lawatan (travel restriction) ke negara-negara yang terlibat

        Golongan Berisiko Tinggi

        • Individu yang berumur 65 tahun ke atas
        • Wanita mengandung
        • Individu yang menghidapi penyakit kronik seperti bronchial asthma, kencing manis, darah tinggi, penyakit saluran pernafasan kronik, kegagalan organ seperti buah pinggang, sakit jantung, penyakit yang berkaitan dengan hati, darah dan urat saraf
        • Individu yang mempunyai kurang daya tahan
        • Individu yang obes

        Nasihat Kesihatan: MERS-CoV

        PERSIAPAN AWAL SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI
        • Disarankan mengambil vaksin Influenza dan Pneumococcal
        • Bawa bersama bekalan penutup mulut dan hidung (mask)
        • Bawa bersama hand sanitizer
        • Tidak merokok
        • Sediakan bekalan ubat mencukupi
        • Dapatkan rawatan segera apabila jatuh sakit
        • Amalkan aktiviti fizikal seperti bersenam dan sebagainya
        • Makan secara sihat
        • Bijak menangani stress
        • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
        • Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun, terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman
        • Jika tiada air dan sabun, gunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer)
        • Semasa dalam tempoh lawatan ke Tanah Suci, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu
        • Semasa dalam tempoh lawatan ke Tanah Suci :
          • ELAKKAN dari menjamah makanan mentah atau tidak dimasak
          • ELAKKAN dari menjamah buah-buahan mahupun sayuran yang tidak dibasuh terlebih dahulu
          • ELAKKAN dari meminum minuman yang menggunakan bekalan air tidak dirawat
          • ELAKKAN dari melawat ke ladang haiwan (khususnya ladang unta); atau
          • ELAKKAN dari menyentuh sebarang jenis haiwan
          • ELAKKAN dari mendekati atau menyentuh orang sakit
        • Jemaah yang mengalami gejala jangkitan respiratori (seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak):
        • Perlu mendapatkan rawatan SEGERA
        • Perlu menghadkan pergaulan dengan individu sihat di sekeliling mereka
        • Perlu memakai penutup mulut dan hidung (mask) apabila terpaksa berhubung / berurusan dengan orang lain
      • Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisis
      • Hukum penggunaan Vaksin Meningitis Menveo
  • Pasport

    Tanda Pengenalan Diri


    Gelang Pengenalan Haji Dan Lencana Nama

    Sebagai tanda pengenalan diri Gelang Pengenalan Haji (GPH) berupa rantai tangan dan lencana nama akan diserahkan kepada bakal haji sama ada semasa check-in di stesen berlepas di Tanah Air untuk bertolak ke Tanah Suci.

    Pasport Malaysia Antarabangsa

    Semua bakal haji perlu mempunyai Pasport Malaysia Antarabangsa yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Pejabat daftar haji akan memaklumkan masa, tarikh dan tempat bagi penyerahan pasport kepada Tabung Haji bagi urusan visa haji.

  • Perkhidmatan Kebajikan & Kesihatan Di Tanah Suci
    • Perkhidmatan Kebajikan
      • Sambutan di KAAIA Jeddah
        • Membantu jemaah haji dalam urusan imigresen dan kastam
        • Pemberian makanan
        • Pengurusan bas ke Madinah/Makkah
      • Madinah
        • Sambutan di Al-Hijrah / lapangan terbang / zon
        • Pengurusan jemaah haji di Zon
        • Kemasukan dan penempatan di rumah penginapan
        • Penyelarasan urusan ziarah
        • Bimbingan haji/ziarah
        • Pengeluaran wang di ibu pejabat dan zon
        • Kaunseling
        • Pendaftaran kematian
        • Pengurusan aduan/pertanyaan/jemaah haji sesat/barang hilang
        • Pakar rujuk ibadat haji
        • Urusan makan/minum
        • Urusan keberangkatan ke Makkah
        • Urusan keberangkatan pulang ke Malaysia
      • Makkah
        • Sambutan jemaah haji di maktab
        • Kemasukan dan penempatan di rumah penginapan
        • Bimbingan haji
        • Membantu di dalam urusan bayaran dam/korban
        • Menguruskan keberangkatan jemaah haji ke Arafah dan Mina
        • Pengeluaran wang di ibu pejabat dan maktab
        • Kaunseling
        • Pendaftaran kematian
        • Pengurusan aduan/pertanyaan/jemaah haji sesat/hilang
        • Pakar rujuk ibadat haji
        • Pengesahan/pertukaran penerbangan
        • Pengurusan ziarah/lawatan kepada pesakit dengan mengadakan kemudahan perkhidmatan bus shuttle ke hospital untuk anggota keluarga pesakit
      • Arafah/Mina
        • Sambutan ketibaan jemaah haji
        • Menguruskan kemasukan jemaah haji ke khemah-khemah
        • Rondaan ke khemah
        • Aduan/pertanyaan/jemaah sesat
        • Bimbingan dan pakar rujuk
        • Pendaftaran kematian
        • Memantau urusan makan/minum yang diuruskan oleh pihak Muassasah
    • Perkhidmatan Kesihatan
      • Perkhidmatan Klinik Maktab/Zon

        Perkhidmatan Klinik Maktab/Zon

        Perkhidmatan klinik maktab di Makkah dan klinik zon di Madinah disediakan di bangunan-bangunan penginapan jemaah haji di Makkah dan Madinah bagi memudahkan jemaah haji mendapatkan rawatan. Antara lain fungsian perkhidmatan klinik ini meliputi :

        1. Menyambut ketibaan jemaah haji
        2. Rawatan pesakit luar
        3. Rawatan kecemasan
        4. Rujukan pesakit ke hospital Tabung Haji
        5. Menyelaras program pendidikan kesihatan
        6. Rawatan ke bilik bagi kes-kes tertentu
        7. Pengesahan kematian
        8. Rujukan pesakit ke Hospital Arab Saudi

        Bagaimana Hendak Mendapatkan Rawatan Sekiranya Anda Sakit Di Tanah Suci :

        1. Memberitahu Pengurus Maktab/Petugas Muassasah/rakan sebilik (saudara mara) supaya menghantar anda ke klinik Maktab / Zon yang berhampiran untuk menerima rawatan awal.
        2. Menunggu ketibaan Pasukan Peronda Perubatan datang (sekiranya boleh tunggu dan anda tidak boleh berjalan).
        3. Jika berlaku kecemasan di luar tempat kediaman segera ke Pejabat TH / Klinik Malaysia yang berhampiran atau hubungi Hotline TH di Tanah Suci : 02-5704433.

        Waktu Klinik (Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan kepada Jemaah Haji)

        • 7:00 pagi hingga 2:00 tengahari
        • 4:30 petang hingga 10:00 malam

        RAWATAN KECEMASAN DIBUKA 24 JAM

      • Perkhidmatan Pesakit Dalam

        Perkhidmatan Pesakit Dalam Yang Disediakan

        1. Pusat Rawatan Syisya Makkah
          • Khidmat Doktor Pakar
          • Khidmat Kejururawatan
          • Rujukan Pesakit Luar
          • Rawatan Kecemasan
          • Rawatan Pesakit Dalam Dan Pemulihan
          • Rujukan Ke Hospital Arab Saudi
          • Stor Farmasi Dan Bekalan
          • Bilik Gerakan Perubatan
          • Kaunter Farmasi Pesakit Luar/Dalam
          • Makmal Perubatan
          • Fisioterapi
          • X-Ray
          • Penerbangan pulang jemaah haji sakit

        2. Klinik Ibu Pejabat TH Makkah
          • Khidmat Doktor Pakar
          • Rawatan Kecemasan
          • Pusat Pemulihan
          • Rujukan Ke Hospital Arab Saudi
          • Farmasi
          • Makmal Perubatan
          • Fisioterapi

        3. Pusat Rawatan Aziziah Makkah
          • Khidmat Doktor Pakar
          • Khidmat Kejururawatan
          • Rujukan Pesakit Luar
          • Rawatan Kecemasan
          • Rawatan Pesakit Dalam Dan Pemulihan
          • Rujukan Ke Hospital Arab Saudi
          • Farmasi
          • Makmal Perubatan
          • Fisioterapi
          • X-ray
          • Penerbangan Pulang Jemaah Haji Sakit

        4. Pusat Rawatan Madinah
          • Khidmat Doktor Pakar
          • Khidmat Kejururawatan
          • Rawatan Kecemasan
          • Rawatan Pesakit Dalam Dan Pemulihan
          • Rujukan Ke Hospital Arab Saudi
          • Bilik gerakan Perubatan
          • Farmasi
          • Makmal Perubatan
          • Fisioterapi
          • X-ray
          • Penerbangan Pulang Jemaah Haji Sakit
          • Pasukan Perubatan Terminal (Stand- by Airport Team)

        5. Klinik Madinatul Hujjaj Jeddah
          • Rawatan Kecemasan
          • Rawatan Pesakit Dalam Dan Pemulihan (transit)
          • Rujukan Ke Hospital Arab Saudi
          • Rawatan Pesakit Luar
          • Penerbangan Pulang Jemaah Haji Sakit
          • Pasukan Perubatan Terminal (Stand- by Airport Team)

        Rujukan pesakit ke Hospital Arab Saudi di Tanah Suci

        1. Rombongan Perubatan di Tanah Suci saling bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Kesihatan Arab Saudi dalam urusan berkaitan kesihatan jemaah haji terutama bagi kes-kes penyakit berjangkit dan rawatan lanjut Jemaah haji sakit yang di Hospital Arab Saudi.
        2. Jika terdapat jemaah haji tenat yang memerlukan bantuan alat khas, pesakit akan dirujuk ke Hospital Arab Saudi di Makkah, Madinah atau Jeddah (jika keadaan memerlukan).
        3. Pesakit yang berada di Hospital Arab Saudi akan dilawat oleh Pegawai Perhubungan Hospital dan Doktor daripada Rombongan Perubatan Malaysia untuk mengetahui perkembangan pesakit. Mereka yang telah pulih akan dibawa pulang ke Maktab/Zon masing-masing atau diuruskan kepulangan ke Tanah Air.
      • Panduan Kesihatan Di Tanah Suci

        Panduan Kesihatan Di Tanah Suci

        Perubahan cuaca, gaya hidup seharian, kepadatan penduduk di Kota Makkah dan aktiviti-aktiviti ibadah haji yang dilakukan boleh menyebabkan tekanan kepada Jemaah haji. Adalah perlu semua bakal haji mempersiapkan diri bagi menghadapi situasi ini serta mengamalkan panduan berikut sewaktu di Tanah Suci :

        • Sentiasa bersabar
        • Pakai pakaian yang bersesuaian ; putih lebih sesuai jika cuaca panas
        • Elak kesejukan melampau dengan berpakaian tebal, berstokin dan menutup khususnya ketika di Madinah.
        • Tutuplah mulut dan hidung dengan ‘mask’, serban atau tudung kepala yang nipis apabila berada di kawasan berdebu.
        • Teruskan amalan meminum air kosong setiap kali pulang dari masjid atau berjalan. Perlu minum 2-3 liter sehari khususnya apabila hawa panas.
        • Makan makanan yang berzat termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran.
        • Cuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.
        • Kerjakan ibadat sunat setakat mana keadaan kesihatan mengizinkan.
        • Dapatkan rawatan awal bagi mengelak penyakit menjadi teruk.
        • Elakkan berada ditempat awam sewaktu sesak.
      • Larangan Merokok Di Tanah Suci

        Larangan Merokok Di Tanah Suci Mulai musim haji 1422H pihak Tabung Haji telah mengadakan penguatkuasaan Larangan Merokok di Bangunan Kediaman Jemaah Haji di Tanah Suci.

  • Modul Kursus Asas Haji
  • Video Bimbingan Haji & Umrah

    Panduan Ibadat Haji Tamattu’

    Untuk muat turun klik disini.


    Ibadat Umrah & Ziarah Madinah

    Untuk muat turun klik disini.