Balai Berita

2021

Oktober 2021

24 Oktober 2021 Berita | Korporat
TH Sumbang Sebuah Van Bagi Kegunaan Pusat Jagaan Nur Murni

KUCHING, 24 Oktober 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan sebuah van bagi kegunaan harian Pusat Jagaan Nur Murni, Batu Kawa Sarawak.

22 Oktober 2021 Berita | Korporat
TH Sumbang Katil ICU Bernilai RM2Juta Untuk Hospital KKM

PUTRAJAYA, 20 Oktober 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini menyumbang 81 unit katil elektronik bernilai RM2 juta bagi menambah keperluan katil-katil ICU di hospital-hospital terpilih di bawah KKM di seluruh negara melalui Program A'fiat TH.

Julai 2021

14 Julai 2021 Berita | Korporat
Kempen Sumbangan Susu Ensure Gold

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama NGO Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS) mengadakan Kempen Sumbangan Susu Ensure Gold untuk disalurkan ke Pusat Jagaan Mahmudah Semenyih, Selangor.

5 Julai 2021 Berita | Korporat
TH Menang Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021

KUALA LUMPUR, 5 Julai 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021 (Malaysian Technology Excellence Award) dalam kategori Perkhidmatan Dalam Talian Perkhidmatan Kewangan buat julung-julung kalinya bagi platform THiJARI yang dianugerahkan oleh Singapore Business Review.

Mei 2021

7 Mei 2021 Berita | Korporat
Zakat TH Sebanyak RM7.03 Juta Bantu Asnaf Negeri Perak

IPOH, 7 Mei 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM7,036,598.40 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu majlis bertempat di Istana Kinta, Ipoh, Perak.

7 Mei 2021 Berita | Korporat
Sumbangan Program Ehsan TH Kepada 125 Golongan Asnaf Fakir Dan Miskin Di Perak

PERAK, 7 Mei 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang sebanyak RM50,000 kepada 125 golongan asnaf fakir dan miskin di bawah Program Ehsan TH di setiap daerah di negeri Perak.

April 2021

28 April 2021 Berita | Korporat
Zakat TH Sebanyak RM9.2 Juta Bantu Asnaf Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 28 April 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM9,171,043.56 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dalam satu majlis bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

17 April 2021 Berita | Korporat
Majlis Penyerahan Zakat TH Kepada Lembaga Zakat Negeri Selangor

SHAH ALAM, 17 April 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat pembayaran Zakat TH bagi Negeri Selangor berjumlah RM27,712,316.97 bagi tahun kewangan berakhir 2020.

Mac 2021

30 Mac 2021 Berita | Korporat
Majlis Penyerahan Program Iqra' TH (UNISHAMS) Dan Sumbangan Zakat Wakalah Lembaga Tabung Haji (TH) Kepada Asnaf di 48 Buah Sekolah Negeri Kedah

ALOR STAR, 30 Mac 2021 - TH telah menghadiri Majlis Penyerahan Program IQRA’ TH (UniSHAMS) dan Sumbangan Zakat Wakalah TH kepada pelajar asnaf di 48 buah sekolah negeri Kedah di Bilik Mesyuarat Lembaga Aras 10 Menara Zakat, Jalan Telok Wanjah, Alor Setar Kedah.

30 Mac 2021 Berita | Korporat
Majlis Graduasi Program Iqra TH (MyPAC)

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini telah meraikan tiga pelajar asnaf yang telah berjaya menamatkan pengajian Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) melalui Program Iqra’ TH (MyPAC) dalam jangka masa kurang daripada dua tahun.