Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Program CSR TH dilihat sebagai satu elemen penting dalam aktiviti perniagaannya. TH terus konsisten sebagai sebuah organisasi yang prihatin dengan menyumbang dan berkongsi keuntungan yang diperolehi bersama pihak-pihak berkepentingan, dengan penganjuran pelbagai aktiviti sosial masyarakat dan penjagaan alam sekitar.

Pihak berkepentingan TH adalah para pendeposit, jemaah haji, rakan-rakan niaga strategik, pihak kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya, konsultan, pembekal dan juga para anggota TH.

Setiap tahun, TH telah menjalankan lebih daripada 500 aktiviti CSR dengan peruntukkan melebihi RM100 juta. Program ini telah memberi manfaat secara langsung kepada ribuan para Jemaah Haji Malaysia, serta lebih daripada 20,000 orang golongan sasar melalui program-program kemasyarakatan dan kebajikan TH yang dilaksanakan di seluruh negara.