Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Imunisasi / Pelalian Tambahan

  1. Imunisasi wajib :-

    • Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135)
      • Suntikan wajib untuk semua jemaah haji - arahan pihak berkuasa Arab
      • Perlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah Suci
      • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama dua (2) tahun
      • Sila dapatkan dengan percuma di hospital / klinik kerajaan sahaja (rujuk Pejabat TH berhampiran)
  2. Imunisasi pilihan (dibiayai sendiri oleh bakal haji) :-

Bakal jemaah haji amat digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan ini untuk membina daya pertahanan badan melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu :-

  • Vaksin Influenza
    • Terbaik diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
    • Selamat diambil kecuali mereka yang alergik terhadap telur.
    • Bakal Haji berumur 50 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini.
    • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 1 tahun.
  • Vaksin Pneumokokus
    • Bakal Haji berumur 50 tahun keatas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang serius di paru-paru yang disebabkan oleh bakteria.
    • Penyakit ini merupakan penyakit utama dikalangan kanak- kanak dan warga tua di Tanah Suci.
    • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 5 tahun.