Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|
  • Pendaftaran Haji
    • SISTEM PENDAFTARAN HAJI TERBUKA
        Konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan”


        Lembaga Tabung Haji (TH) telah memperkenalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep yang “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” sejak dari tahun 1995.

        Oleh itu, pendeposit TH yang mendaftar haji akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji berdasarkan giliran tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.

        Ini bermakna, semua pendeposit TH yang telah membuat pendaftaran haji, layak dipilih untuk menunaikan haji apabila tiba giliran tahun peruntukan bagi menunaikan haji.

    • DALAM NEGARA
      1. Pendaftaran Haji Di Dalam Negara
      2. Permohonan Warganegara Malaysia Di Dalam Negara Menunaikan Fardhu Haji Dengan Tabung Haji - Berlepas Dari Dalam Negara

    • LUAR NEGARA
      1. Pendaftaran Hajj Di Luar Negara
      2. Daftar Secara Online
      3. Permohonan Warganegara Malaysia Di Luar Negara Menunaikan Fardhu Haji Dengan Tabung Haji - Berlepas Dari Luar Negara

    • *Penambahan Maklumat (Mahram bagi bakal haji wanita dibawah 45tahun)

      Kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan peraturan mewajibkan mahram lelaki bagi setiap bakal haji wanita berumur bawah 45 tahun bermula pada 1434H.

      Bakal haji yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat makluman dan panggilan telefon oleh THCC bagi tujuan meminta mereka untuk mencari mahram lelaki yang menepati hukum syara’ bagi membolehkan mereka (bakal haji wanita) tersebut dapat menunaikan ibadat haji pada tahun ini bersama mahram lelaki yang dikemukakan dan tertakluk juga kepada kekosongan kuota.

      Sekiranya bakal haji wanita yang terlibat tidak mengemukakan mahram lelaki, maka secara automatiknya pemergian hajinya akan dibawa ke tahun hadapan dan pemergiannya pada tahun itu juga tertakluk kepada syarat mahram lelaki yang akan dikemukakan kelak.

      Sila klik disini untuk maklumat lanjut berkaitan jadual pertalian mahram yang mengikut hukum syara’ dan memerlukan pengesahan.


  • Status Pendaftaran Haji

      Untuk menyemak Status Pendaftaran Haji, sila klik di sini THiJARI

  • Tanggungan / Subsidi Haji

      Tanggungan / Subsidi haji merupakan inisiatif CSR terbesar dan terpenting yang dilaksanakan oleh TH. Ia amat bertepatan dengan misi TH untuk memudah dan menyempurnakan urusan jemaah haji negara bagi memperolehi Haji Mabrur.

      Setiap tahun, kos haji terus meningkat disebabkan oleh kenaikan kos pengangkutan dan penginapan di Tanah Suci, serta kos-kos lain yang semakin tinggi setiap tahun. Namun demikian, TH masih mengekalkan harga bayaran haji pada RM9,980 bagi setiap jemaah sejak 2009.

      TAHUN KOS HAJI
      (RM)
      BAYARAN HAJI PER JEMAAH
      (RM)
      TANGGUNGAN / SUBSIDI TH PER JEMAAH
      (RM)
      JUMLAH KESELURUHAN SUBSIDI TH
      (RM JUTA)
      2017/1438H 19,550 9,980 9,570 260 Juta
      2016/1437H 18,890 9,980 8,910 160 Juta
      2015/1436H 17,270 9,980 7,290 126 Juta
  • Carta Pengurusan Haji
    Sila klik untuk muat turun pdf
  • Jadual
    • Jadual Kursus Haji
    • Penerbangan Haji

      Tarikh Penerbangan Haji

      Lazimnya penerbangan ke Tanah Suci akan bermula pada 1 Zulkaedah tahun semasa sehingga 3 Zulhijjah.Manakala penerbangan balik dijangka bermula pada 16 Zulhijjah sehingga 14 Muharram tahun semasa.

      Maklumat Penerbangan Jemaah Haji Musim Tahun Semasa

      Untuk mendapatkan maklumat penerbangan jemaah haji bagi musim haji semasa, sila hubungi TH Contact Center (THCC) di talian 03 - 6207 1919.

      Alokasi Penerbangan

      Kelompok keluarga berdasarkan peruntukan, penerbangan (KT) adalah berdasarkan kepada kumpulan keluarga(mahram) yang dinamakan semasa pendaftaran haji dan senarai yang menyusul jika ada.

      Surat Jadual Penerbangan (SJP)

      Setiap bakal haji yang terpilih dan pergi secara biasa (Muassasah) surat jadual penerbangan (SJP) akan dihantar oleh TH, manakala bakal haji yang memilih perkhidmatan anjuran Pakej THTS dan PJH,surat jadual penerbangan (SJP) akan dihantar oleh pihak penganjur.

      Jadual penerbangan haji akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan surat jadual penerbangan (SJP) dan pengangkutan haji. Lazimnya SJP akan dapat dikeluarkan selewat-lewatnya 15 Syawal. Stesen-stesen perlepasan adalah seperti berikut:

      BIL STESEN-STESEN PERLEPASAN
      1.Kompleks Haji & TH Hotel Kelana Jaya
      2.Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai
      3.Kompleks Haji & TH Hotel Penang
      4.TH Hotel & Convention Centre Alor Setar
      5.TH Hotel & Convention Centre Terengganu
      6.Stesen Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu
      7.TH Hotel Kota Kinabalu
      8.Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching

  • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)

    Perkhidmatan pakej haji ditawarkan oleh :

    • TH Travel & Services Sdn Bhd (12778-H)

      Bahagian Pakej Haji Lantai 25, Menara TH Selborn
      153 Jalan Tun Razak
      50400 Kuala Lumpur
      Telefon : 03-2688 0000
      Faks : 03-2681 0803
      Emel : pakej.haji@thts.com.my
      Laman Web : www.thts.com.my

    • Agensi Pelancongan Yang Diluluskan Lesen PJH

    Senarai Agensi yang memberikan perkhidmatan pakej haji bagi tahun semasa.