Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|
  • Visi & Misi, Nilai Teras

    Visi

    TONGGAK KEJAYAAN EKONOMI UMMAH; PENGURUSAN HAJI TERBILANG

    Misi

    Dalam mencapai visi TH, Kami beriltizam:-

    • Memperkasa Ekonomi Ummah
    • Sentiasa Giat Mencari Pelaburan Strategik Global Dan Lokal Bagi Pertumbuhan Berterusan
    • Menggembleng Dan Memperkaya Modal Pendeposit
    • Memberi Perkhidmatan Cemerlang Yang Berterusan
    • Memudah Dan Menyempurnakan Urusan Jemaah Ke Arah Haji Mabrur
    • Memberi Pulangan Yang Kompetitif, Halal dan Toyyiban

    Nilai Teras

    • Komited
    • Profesional
    • Kerja Berpasukan
    • Menerima Perubahan
    • Prihatin dan penyayang
  • Profil Korporat

    Mengenai Kami

    Alt text

    Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah Institusi Kewangan Islam unggul di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1963, TH mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam Deposit, Perkhidmatan & Operasi Haji dan Pelaburan. Sebagai sebuah Pengurus Dana Islam terbesar negara dengan dana melebihi RM62 bilion, TH berusaha untuk memperkasakan ekonomi umat Islam di Malaysia dengan memanfaatkan dana dan sumber sedia ada.

    TH menumpukan kepada perkhidmatan haji yang cemerlang dan memuaskan kepada semua Jemaah Haji Malaysia. Pencapaian TH yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia dan menjadi contoh pengurusan haji dan perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif oleh kebanyakan Negara Islam di dunia.

    TH terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran, baik di dalam negara dan di arena antarabangsa dengan menceburi bidang pelaburan di beberapa sektor seperti perladangan, pembangunan hartanah dan pembinaan, kewangan Islam, teknologi maklumat, minyak dan gas dan hospitaliti. Dengan keuntungan bersih melebihi RM3 bilion, TH mampu memberi pulangan yang kompetitif kepada pemegang kepentingannya setiap tahun.

    TH berdaya saing dan kompetitif melalui perkhidmatan yang inovatif dan skim simpanan menarik yang direka untuk menggalakkan simpanan dan pelaburan. Kini, TH mempunyai lebih daripada 9 juta pendeposit dan 124 cawangan, dengan lebih daripada 6,000 ‘touch-points’ di seluruh negara. TH juga mempunyai satu pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi.

  • Akta Tabung Haji
  • Piagam Pelanggan

    Kami berjanji dengan izin Allah SWT untuk :

    • Membantu anda mendapatkan haji yang mabrur dengan perbelanjaan yang berpatutan;
    • Menyelaras penerbangan haji yang menepati masa, selamat dan boleh diharapkan;
    • Menyediakan penginapan yang bersih dan selesa di tanah suci;
    • Menyelenggara akaun anda secara profesional dan mengawalnya secara sulit dan persendirian;
    • Melabur dalam bidang pelaburan yang halal, berhemat dan selamat supaya dapat memberi pulangan yang setanding dengan pasaran, di samping memastikan pertumbuhan yang berterusan;
    • Memberi layanan yang mesra, cepat dan cekap;
    • Memberi maklumat yang tepat, jelas dan terkini.
  • Data & Statistik
    • Hibah TH 2016

      Hibah TH 2016

      4.25%

      HIBAH TAHUNAN

      +

      1.50%

      HIBAH HAJI

      Pengiraan Hibah Pendeposit TH 2016 adalah seperti berikut:

      HIBAH PENGIRAAN
      Hibah Tahunan TH (4.25%)

      Akaun Pendeposit TH Aktif

      Kiraan:
      Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2016)/12 bulan) x 4.25%

      Hibah Haji (1.50%)

      Akaun Pendeposit Belum Tunai Haji

      Akaun simpanan yang baki purata RM9,980 atau kurang

      Kiraan:
      Baki purata minima bulanan ≤ RM9,980 (Jan-Dis 2016)/12 bulan) x 1.50%

      NOTA: Hibah Haji – HIbah khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).

      Sila muat turun FAQ (PDF) disini.

    • Ringkasan Prestasi Kewangan 5 Tahun

    • Statistik 5 Tahun
  • Logo TH

    Garis Panduan Umum

    Alt text

    Logo korporat yang terpapar adalah asas kepada identiti grafik Tabung Haji. Simbol tersendiri ini direka supaya mudah dikenali dan diingati di seluruh dunia. Simbol Tabung Haji terdiri daripada dua elemen. Monogram ini mewakili nama Tabung Haji, TaHa dan menjadi simbol kepada komitmen Tabung Haji dalam kejayaan Ekonomi Ummah.

    Pengenalan logo korporat Tabung Haji merangkumi nama Tabung Haji dan tagline ‘Mari Menuju Kejayaan’ dalam Bahasa Arab.

    Tipografi

    Alt text

    Tipografi merupakan satu penambahan elemen penting kepada identiti jenama. Penggunaan taip rupa (typefaces) yang konsisten menambah satu lagi unsur yang mendefinisikan rupa Tabung Haji. Penggunaan Bold Century Gothic dan muka taip jawi dalam Naskh Tas adalah untuk mengekalkan keseragaman logo Tabung Haji. Muka taip dalam monogram telah dipilih dengan teliti untuk gaya yang moden lagi bertapis serta dipertingkatkan dengan penggunaan tulisan jawi. Muka taip jawi, Taa Haa, dibina melalui grafik untuk mengekalkan ketekalan logo.

    Alt text

    Perkataan Tabung Haji yang berwarna hijau, seperti yang ditunjukkan, adalah warna korporat yang rasmi. Warna hijau khusus ini digunakan sebagai warna pilihan logo korporat. Apabila perkataan Tabung Haji berwarna hijau, warna berlawanan perlu digunakan iaitu berdasarkan Panton 376C. Untuk menimbulkan logo, penggunaan monogram perlu dibayangkan berdasarkan Panton 370C.

    Empat warna (CMYK) percetakan proses boleh digunakan dalam akhbar dan iklan majalah, penerbitan dan sekiranya penghasilan warna berlawanan tidak boleh didapati. Tabung Haji (hijau) dihasilkan melalui campuran cyan 50% (C) dan 100% kuning (Y). Untuk panduan pada rupa taip daripada monogram, manakala perkataan Taa Haa (berwarna hijau) diletakkan di atas 27% hitam (K)

    Warna hitam untuk jenis font jawi dan monogram diambil melalui kombinasi 100% cyan (C), magenta 100% (M) dan 100% hitam (K).

    Variasi Logo Korporat TH

    Berikut adalah variasi Logo Korporat TH untuk dimuat turun logo.pdf | logo.png variasi logo.pdf | variasi logo.png mengikut kesesuaian kepenggunaan.

  • Laporan Tahunan TH
  • Hibah TH

    Hibah TH 2016

    4.25%

    HIBAH TAHUNAN

    +

    1.50%

    HIBAH HAJI

    Pengiraan Hibah Pendeposit TH 2016 adalah seperti berikut:

    HIBAH PENGIRAAN
    Hibah Tahunan TH (4.25%)

    Akaun Pendeposit TH Aktif

    Kiraan:
    Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2016)/12 bulan) x 4.25%

    Hibah Haji (1.50%)

    Akaun Pendeposit Belum Tunai Haji

    Akaun simpanan yang baki purata RM9,980 atau kurang

    Kiraan:
    Baki purata minima bulanan ≤ RM9,980 (Jan-Dis 2016)/12 bulan) x 1.50%

    NOTA: Hibah Haji – HIbah khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).

    Sila muat turun FAQ (PDF) disini.

  • Tanggungjawab Sosial Korporat
    • Ringkasan Penting
      • Ringkasan Penting Tanggungjawab Sosial Korporat

        Alt text

        TH terus berkongsi kejayaan yang diperolehi bersama pemegang berkepentingan dengan memberi fokus kepada aspek tanggungjawab sosial korporat (CSR). Ini adalah bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam dan pendirian kami sebagai sebuah organisasi yang prihatin, dengan misi untuk meningkatkan status sosioekonomi umat Islam di Malaysia.

        TH terus melaksanakan pelbagai program CSR yang telah memberi manfaat kepada ribuan pemegang berkepentingan di seluruh negara, sejajar dengan aspirasi untuk berkongsi kejayaan dengan semua.

      • Mendekati dan menyentuh kehidupan

        Program CSR TH dilihat sebagai satu elemen penting dalam aktiviti perniagaannya. TH terus konsisten sebagai sebuah organisasi yang prihatin dengan menyumbang dan berkongsi keuntungan yang diperolehi bersama pihak-pihak berkepentingan, dengan penganjuran pelbagai aktiviti sosial masyarakat dan penjagaan alam sekitar.

        Pihak berkepentingan TH adalah para pendeposit, jemaah haji, rakan-rakan niaga strategik, pihak kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya, konsultan, pembekal dan juga para anggota TH.

        Setiap tahun, TH telah menjalankan lebih daripada 500 aktiviti CSR dengan peruntukkan melebihi RM100 juta. Program ini telah memberi manfaat secara langsung kepada ribuan para Jemaah Haji Malaysia, serta lebih daripada 20,000 orang golongan sasar melalui program-program kemasyarakatan dan kebajikan TH yang dilaksanakan di seluruh negara.

    • Pasaran

      Dalam operasi perniagaannya, TH mengutamakan kepentingan para pendeposit, bakal-bakal jemaah dan rakan-rakan perniagaan dengan memastikan setiap perkhidmatan diberikan mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksima serta memberi impak positif kepada masyarakat. TH berusaha mewujudkan perkhidmatan yang mesra pelanggan agar semua pihak berkepentingan mendapat kesan positif.

      • Subsidi Haji

        Pelaburan CSR yang terbesar dan terpenting ialah peruntukan subsidi haji untuk Jemaah Haji Muassasah pertama kali pada setiap tahun. Pemberian subsidi ini telah membantu mengekalkan bayaran haji seorang jemaah pada RM9,980 walaupun kos haji sebenar pada 2015 adalah RM17,270 bagi setiap seorang jemaah.Sejak 2001, TH telah menyumbang subsidi ini sebagai kebajikan untuk Jemaah Haji Malaysia. Pemberian subsidi ini merangkumi kos operasi haji di Malaysia dan di Tanah Suci. Selain itu, TH juga memperuntukkan sebahagian besar perbelanjaan untuk menampung operasi sokongan haji yang merangkumi bimbingan haji, khidmat rawatan dan kewangan serta khidmat petugas haji.

      • Sahabat Korporat

        Seperti tahun-tahun sebelumnya, TH terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat korporat bagi menaja barangan yang diperlukan sepanjang musim haji menerusi program Sahabat Korporat.Pelbagai syarikat telah mengambil bahagian dan menyumbang pelbagai produk bernilai jutaan ringgit. Sumbangan tersebut termasuk beg troli, beg sandang, vitamins tambahan, kad SIM dan tali pengenalan. Kesemua barangan tersebut diagihkan kepada para Jemaah Haji sebelum mereka bertolak ke Tanah Suci untuk kegunaan di sana.

      • Bonus Pendeposit

        Pada 2015, bayaran bonus berjumlah RM3.2juta telah diagihkan kepada 8.6 juta pendeposit TH sebagai menghargai kepercayaan dan sokongan berterusan mereka kepada TH. Ia ditawarkan menerusi bonus tahunan yang kompetitif iaitu sebanyak 6.25%.TH juga telah membayar Bonus Haji tambahan sebanyak 2% untuk para pendeposit yang belum menunaikan haji. Bonus tambahan ini diharap dapat membantu menambah simpanan haji mereka.

    • Tempat kerja

      Melahirkan Anggota Yang Komited Dan Cemerlang

      Kekuatan sesebuah organisasi adalah hasil kerja keras dan komitmen anggotanya. Bagi membentuk anggota yang komited dan produktif, TH berusaha mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan mengujudkan keseimbangan di antara kualiti hidup dan mutu kerja. TH juga mendukung amalan pekerjaan yang baik termasuk penawaran imbuhan dan manfaat menarik, program-program latihan dan pembangunan serta pelan kebajikan anggota.

      • Anggota TH menerima pelan ganjaran persaraan dan kemudahan tambahan lain seperti kos rawatan untuk keluarga, insurans dan tanggungan kos hospital, cuti tahunan, kos pembedahan ketika bersalin dan juga tambahan cuti bersalin untuk anggota wanita dan cuti isteri bersalin bagi anggota lelaki.

        TH turut menjaga kebajikan keluarga anggota dengan menawarkan biasiswa untuk anak-anak anggota yang cemerlang dalam pelajaran, sumbangan wang khairat bagi keluarga anggota yang meninggal dunia, bantuan kepada anggota yang dilanda musibah dan khidmat kaunseling kepada anggota yang memerlukan.

        Di samping itu, TH turut menganjurkan pelbagai program bermanfaat yang boleh disertai oleh anak-anak anggota dan masyarakat umum seperti Kem Anak Soleh Wamussoleh bersama Imam Muda, Seminar Transformasi Alam Remaja, Program Berkhatan, Korban, Kem Jati Diri dan beberapa program lain.

      • Selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan di kalangan rakyat Malaysia, TH telah memperuntukkan RM5 juta setahun untuk anak-anak anggota TH yang cemerlang dalam akademik untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar negara. Skim Biasiswa TH ini yang merangkumi yuran pengajian, tambang perjalanan, Takaful Perubatan dan Hayat serta elaun sara hidup.
      • TH telah melaksanakan beberapa aktiviti keselamatan dan kesihatan bagi melahirkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat untuk para anggotanya. Setiap tahun, beberapa anggota terpilih telah dihantar untuk menjalani latihan keselamatan kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Selain itu, aktiviti fire drill juga dijalankan bagi memastikan semua anggota bersiap-siaga sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

        TH turut menganjurkan kempen derma darah, pameran dan pesta buah-buahan tempatan, pemeriksaan kesihatan percuma dan beberapa aktiviti keselamatan dan kesihatan lain untuk para anggota.

    • Alam sekitar

      TH mengadakan ‘Kempen Jimat Tenaga’ dengan menggalakkan anggota untuk mengamalkan tip-tip jimat tenaga semasa berada di pejabat dan di rumah. Anggota TH turut diberi kesedaran mengenai kepentingan memelihara alam sekitar dengan mengamalkan aktiviti kitar semula, selain aktiviti gotong-royong bersama-sama ahli Kelab TaHa dan TaHa@U.Selain itu, TH turut menekankan penggunaan teknologi terkini dan menerima pakai amalan perniagaan yang mesra alam ketika menjalankan operasi perniagaannya.

    • Komuniti

      Komuniti

      TH terus menjadi penyumbang aktif dalam aktiviti kebajikan sosial dan sentiasa bersedia membantu masyarakat di mana kami beroperasi. Kebanyakan inisiatif CSR TH menyasarkan golongan miskin dan kurang berkemampuan yang juga merupakan golongan majoriti penerima zakat, yang mendapat manfaat daripada projek-projek pendidikan, kebajikan, penjagaan kesihatan dan pemulihan kediaman.

      • Projek Ehsan

        Ini merupakan projek tahunan bagi menyediakan bantuan kewangan untuk golongan yang memerlukan seperti warga emas, ibu bapa tunggal dan golongan kurang upaya, semasa bulan Ramadan. Projek ini bertujuan mengurangkan beban kewangan yang dihadapi golongan ini dalam membuat persediaan menyambut Syawal.

      • Projek Baiti

        Projek Baiti, yang dahulu dikenali sebagai “Projek Bumbung”, diperkenalkan pada 2012. Menerusi projek ini, TH membantu membina dan membaiki rumah-rumah dan masjid untuk komuniti kurang berkemampuan. Projek ini bermatlamat mengurangkan beban golongan miskin dan meningkatkan taraf hidup mereka dengan menyediakan rumah yang lebih selamat.

      • Projek Iqra

        Iqra merupakan projek pembangunan modal insan yang dilancarkan pada 2012 bagi membantu para pelajar yang kurang berkemampuan dalam usaha mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna. Projek Iqra membantu para pelajar yang dikenalpasti di 14 negeri menerusi peruntukan barangan persekolahan dan duit poket sebelum penggal persekolahan bermula setiap tahun. Diharapkan sumbangan ini dapat memberi sokongan dan motivasi kepada para pelajar terbabit agar meneruskan pengajian dan mencapai kecemerlangan akademik demi masa hadapan yang lebih cerah.

      • Kelab TaHa

        Kelab TaHa ditubuhkan pada April 2008 bagi menarik minat pelajar berusia di antara 7 hingga 17 tahun agar mula menabung di usia muda. Ini akan memberikan mereka asas kukuh ke arah perancangan kewangan yang lebih mantap di masa hadapan dan membuka peluang untuk mereka menunaikan haji pada usia muda. Selain itu, ahli-ahli Kelab TaHa juga mendapat manfaat daripada pelbagai program dan aktiviti akademik sepanjang tahun. Kem ini bertujuan menerapkan nilai-nilai murni dan pengetahuan pendidikan bagi membantu meningkatkan kecemerlangan akademik para pelajar. Selain itu, Kem Bahasa Inggeris telah dijalankan bagi membantu memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan ahli-ahli Kelab TaHa. Seminar Peperiksaan ditaja dan dibiaya sepenuhnya oleh TH dalam misi untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar terbabit. Selain kecemerlangan akademik, aktiviti-aktiviti ini juga menyediakan modul-modul pembinaan karakter bagi membantu membangunkan kumpulan bakat-bakat berkaliber dalam komuniti.

      • TaHa@U

        TaHa@U adalah satu lagi inisiatif yang dilancarkan pada Mei 2010 bagi mendorong dan menggalakkan mahasiswa dan mahasisiwi di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan untuk menunaikan haji pada usia muda. TH telah bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mempromosikan TaHa@U menerusi aktiviti-aktiviti seperti TaHa Jamboree@U, Karnival Bimbingan Kerjaya, kejohanan sukan dan program-program khidmat masyarakat. Program Jamboree TaHa@U membantu mendedahkan para pelajar kepada pelbagai aktiviti berbentuk rohaniah, fizikal dan intelektual yang boleh membina karakter mereka. Ini diikuti dengan Karnival Bimbingan Kerjaya yang memberi pendedahan kepada peluang-peluang pekerjaan di masa hadapan.


        Pelbagai aktiviti sukan seperti futsal, bola baling dan pertandingan boling memberi peluang dan menekankan kepentingan amalan gaya hidup sihat menerusi aktiviti kesukanan. Selain itu, Program Khidmat Masyarakat juga telah dianjurkan semasa tahun tinjauan bagi menyemai kesedaran sivik dan melahirkan individu-individu bertanggungjawab pada masa hadapan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk gotong-royong, solat terawih, pembersihan masjid dan tanah perkuburan, penganjuran aktiviti riang ria untuk kanak-kanak di masjid dan pelbagai aktiviti menarik lain. Kesemua aktiviti ini menerima maklumbalas positif daripada para pelajar dan berjaya meningkatkan jumlah keahlian TaHa@U.


  • Yayasan TH
    • Ahli Lembaga Pemegang Amanah
      1. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim
      2. Tan Sri Ismee Ismail
    • Objektif Yayasan TH
      1. Untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang antaranya memberikan bantuan atau sumbangan berikutan kejadian musibah dan bencana alam;
      2. Untuk mentadbir dan menguruskan dengan berkesan serta bersistematik dana yang diperuntukkan oleh TH dan anak syarikat bagi tujuan biasiswa yang ditawarkan kepada anak-anak anggota, anggota di anak syarikat TH dan pesara TH yang layak serta program atau kegiatan berkaitan pendidikan.
      3. Untuk menggalakkan kajian dalam bidang Pendidikan Islam, Perbankan Islam, perubatan dan lain-lain cabang perundangan Syariah yang akan memberi faedah kepada rakyat Malaysia dan masyarakat global.
    • Aktiviti-aktiviti Yayasan TH

      Antara inisiatif fasa pertama yang telah digariskan oleh Yayasan Tabung Haji bagi menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat dengan berkonsepkan tema “Charity begins at home” atau ‘Kebajikan bermula dari rumah’ dan di antaranya ialah:-

      1. Menawarkan biasiswa pelajaran kepada anak-anak anggota dan pesara TH bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi sama ada di dalam dan di luar Negara;
      2. Memberikan tajaan melanjutkan pelajaran kepada anggota TH yang ingin meningkat ilmu pengetahuan mereka khususnya di peringkat tertiary;
      3. Menyampaikan Anugerah Anak Cemerlang kepada anak anggota TH yang Berjaya dalam mendapat keputusan terbaik untuk peperiksaan utama Negara serta Anugerah Khidmat Cemerlang kepada anggota TH yang berkhidmat dengan baik;
      4. Menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan musibah dan bencana alam;
      5. Menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan agar dapat meringankan beban dan tanggungjawab mereka.
    • Logo Yayasan TH

      Logo Yayasan TH

      Logo Yayasan TH

      Logo Yayasan TH tetap mengekalkan logo asal TH dalam rekabentuknya bagi membawa maksud bahawa Yayasan TH ditubuhkan oleh TH yang juga merupakan antara usaha TH dalam merealisasikan visi dan misi TH. Ia juga menunjukkan Yayasan TH tetap mendokong dan meyokong identiti islamik TH.

      Ikon mata pensil dan tunas daun

      Logo yang berkonsepkan mata pensil dan tunas daun ini menunjukkan aktiviti-aktiviti Yayasan TH dalam membangunkan pendidikan di kalangan anak-anak anggota dan pesara TH yang cemerlang yang akan merupakan generasi pemimpin masa hadapan atau mukmin professional sama ada di TH atau diluar.

      Tunas Daun

      Daun yang juga menunjukkan naungan yang diberikan kepada yang memerlukan bantuan atau sumbangan dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawan sosial korporat.

      Warna

      Warna hijau menunjukkan pertumbuhan dan kehidupan, manakala warna hitam adalah simbol kekukuhan dan kekuatan.

    • FAQ Yayasan TH
      • Yayasan Tabung Haji (Yayasan TH) telah diperbadankan pada 17 Mei 2016 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai ‘Syarikat Berhad Menurut Jaminan’ atau “Company Limited By Guarantee” yang tidak mempunyai saham.

      • Objektif Yayasan TH adalah;

        a) Untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang antaranya, memberikan bantuan dan sumbangan berikutan kejadian musibah atau bencana alam

        b) Untuk mentadbir dan mengurus dengan berkesan serta sistematik dana yang diperuntukkan oleh TH dan anak syarikat bagi tujuan biasiswa kepada anak-anak anggota TH dan anak-anak pesara

        c) Untuk menggalakkan kajian dalam bidang Pendidikan Islam, Perbankan Islam, Perubatan dan lain-lain cabang Perundangan Syariah yang akan memberi faedah kepada rakyat Malaysia dan masyarakat global

      • Rasa tanggungjawab untuk memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat terutamanya umat Islam melalui Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) telah menjadi pencetus kepada penubuhan Yayasan TH. Ia juga selari dengan aspirasi Kerajaan sebagaimana yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri yang berharap agar pihak korporat dapat memainkan peranan lebih besar dalam aktiviti CSR.

        Yayasan TH akan ditadbir secara berasingan oleh Lembaga Pemegang Amanahnya sendiri bagi memastikan aktiviti-aktiviti CSR dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan

      • Tema Tanggungjawab Sosial Korporat Yayasan TH adalah “Charity begins at home” atau ‘Kebajikan bermula dari rumah’

      • Sumber dana bagi Yayasan TH bagi fasa pertama adalah dari sumbangan Lembaga Tabung Haji sendiri iaitu sebanyak RM5 juta setahun untuk program biasiswa dan aktiviti berkaitan dengan pendidikan.

        Manakala bagi fasa kedua, Yayasan TH menjemput rakan-rakan korporat yang ingin bersama-sama menyumbang dana untuk program-program CSR selepas mendapat kelulusan YB Menteri, Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi pengecualian cukai.

      • Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan TH terdiri daripada Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim dan Tan Sri Ismee Ismail.

      • Tidak, Yayasan TH tidak menyediakan pinjaman pendidikan. Hanya biasiswa pendidikan pada mereka yang berkelayakan serta lain-lain sumbangan pendidikan akan diberikan.

      • Yayasan TH akan menyalurkan bantuan kepada individu dan keluarga yang ditimpa musibah atau bencana. Yayasan TH juga turut membantu golongan yang dikategorikan sebagai golongan asnaf untuk meringankan beban dan tanggungjawab mereka

      • Logo yang berkonsepkan mata pensil dan tunas daun ini menunjukkan aktiviti-aktiviti Yayasan TH yang berfokus kepada pembangunan pendidikan di kalangan anak-anak anggota dan pesara TH yang cemerlang kerana mereka adalah generasi pemimpin masa hadapan dan mukmin professional sama ada di TH atau diluar.

        Daun juga melambangkan naungan yang diberi oleh Yayasan TH kepada golongan yang memerlukan bantuan atau sumbangan

      • Person-in-charge: En Ekma Faroza Bin Kamarudin
        Nombor telefon: 03-2054 2000 (samb. 3384)
        Emel : yayasanth.info@lth.gov.my

        Alamat:

        YAYASAN TABUNG HAJI,
        Lantai 27, Menara Tabung Haji,
        201, Jalan Tun Razak,
        40400 Kuala Lumpur