Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Membina Komuniti Lestari

TH terus menjadi penyumbang aktif dalam aktiviti kebajikan sosial dan sentiasa bersedia membantu masyarakat di mana kami beroperasi. Kebanyakan inisiatif CSR TH menyasarkan golongan miskin dan kurang berkemampuan yang juga merupakan golongan majoriti penerima zakat, yang mendapat manfaat daripada projek-projek pendidikan, kebajikan, penjagaan kesihatan dan pemulihan kediaman.

  • Projek Ehsan

    Ini merupakan projek tahunan bagi menyediakan bantuan kewangan untuk golongan yang memerlukan seperti warga emas, ibu bapa tunggal dan golongan kurang upaya, semasa bulan Ramadan. Projek ini bertujuan mengurangkan beban kewangan yang dihadapi golongan ini dalam membuat persediaan menyambut Syawal.

  • Projek Baiti

    Projek Baiti, yang dahulu dikenali sebagai “Projek Bumbung”, diperkenalkan pada 2012. Menerusi projek ini, TH membantu membina dan membaiki rumah-rumah dan masjid untuk komuniti kurang berkemampuan. Projek ini bermatlamat mengurangkan beban golongan miskin dan meningkatkan taraf hidup mereka dengan menyediakan rumah yang lebih selamat.

  • Projek Iqra

    Iqra merupakan projek pembangunan modal insan yang dilancarkan pada 2012 bagi membantu para pelajar yang kurang berkemampuan dalam usaha mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna. Projek Iqra membantu para pelajar yang dikenalpasti di 14 negeri menerusi peruntukan barangan persekolahan dan duit poket sebelum penggal persekolahan bermula setiap tahun. Diharapkan sumbangan ini dapat memberi sokongan dan motivasi kepada para pelajar terbabit agar meneruskan pengajian dan mencapai kecemerlangan akademik demi masa hadapan yang lebih cerah.

  • Kelab TaHa

    Kelab TaHa ditubuhkan pada April 2008 bagi menarik minat pelajar berusia di antara 7 hingga 17 tahun agar mula menabung di usia muda. Ini akan memberikan mereka asas kukuh ke arah perancangan kewangan yang lebih mantap di masa hadapan dan membuka peluang untuk mereka menunaikan haji pada usia muda. Selain itu, ahli-ahli Kelab TaHa juga mendapat manfaat daripada pelbagai program dan aktiviti akademik sepanjang tahun.

    Kem ini bertujuan menerapkan nilai-nilai murni dan pengetahuan pendidikan bagi membantu meningkatkan kecemerlangan akademik para pelajar. Selain itu, Kem Bahasa Inggeris telah dijalankan bagi membantu memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan ahli-ahli Kelab TaHa.

    Seminar Peperiksaan ditaja dan dibiaya sepenuhnya oleh TH dalam misi untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar terbabit. Selain kecemerlangan akademik, aktiviti-aktiviti ini juga menyediakan modul-modul pembinaan karakter bagi membantu membangunkan kumpulan bakat-bakat berkaliber dalam komuniti.

  • TaHa@U

    TaHa@U adalah satu lagi inisiatif yang dilancarkan pada Mei 2010 bagi mendorong dan menggalakkan mahasiswa dan mahasisiwi di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan untuk menunaikan haji pada usia muda.

    TH telah bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mempromosikan TaHa@U menerusi aktiviti-aktiviti seperti TaHa Jamboree@U, Karnival Bimbingan Kerjaya, kejohanan sukan dan program-program khidmat masyarakat.

    Program Jamboree TaHa@U membantu mendedahkan para pelajar kepada pelbagai aktiviti berbentuk rohaniah, fizikal dan intelektual yang boleh membina karakter mereka. Ini diikuti dengan Karnival Bimbingan Kerjaya yang memberi pendedahan kepada peluang-peluang pekerjaan di masa hadapan.

    Pelbagai aktiviti sukan seperti futsal, bola baling dan pertandingan boling memberi peluang dan menekankan kepentingan amalan gaya hidup sihat menerusi aktiviti kesukanan. Selain itu, Program Khidmat Masyarakat juga telah dianjurkan semasa tahun tinjauan bagi menyemai kesedaran sivik dan melahirkan individu-individu bertanggungjawab pada masa hadapan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk gotong-royong, solat terawih, pembersihan masjid dan tanah perkuburan, penganjuran aktiviti riang ria untuk kanak-kanak di masjid dan pelbagai aktiviti menarik lain. Kesemua aktiviti ini menerima maklumbalas positif daripada para pelajar dan berjaya meningkatkan jumlah keahlian TaHa@U.