Khas Untuk Wanita (Haid)
Khas Untuk Wanita (Haid)
Tiada jadi masalah ketika kedatangan haid kecuali sewaktu tawaf dan saie.
Pengambilan Ubat Hormon
Untuk bakal haji wanita yang ingin memberhentikan haidnya dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat hormon. Dinasihatkan juga, pengambilan ubat ini dimulakan sebulan sebelum bertolak ke Tanah Suci agar dapat membiasakan diri dengan ubat hormon yang diambil dan jika tidak sesuai lebih baik tidak diambil. Bakal haji wanita yang mengalami masalah haid juga di nasihatkan berjumpa dengan Pakar Obstetrik Dan Ginekologi sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Ubat Penahan Sakit
Bagi bakal jemaah haji wanita yang sering menghadapi masalah sakit ketika kedatangan haid, dinasihatkan membawa bekalan ubat penahan sakit yang diamalkan jika perlu.
- Kedatangan Haid
- Pengambilan ubat hormon
- Ubat penahan sakit