Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|
  • Soalan 1 : Siapakah yang boleh mengemaskini Buku Akaun Simpanan TH?
    Urusan mengemaskini buku akaun simpanan TH hanya boleh dilakukan oleh individu berikut:
    • Pemegang akaun sendiri atau;
    • Ibu/bapa/Penjaga bagi akaun kanak-kanak di bawah jagaannya berdasarkan rekod TH.
    • Namun, bagi pemegang akaun yang tidak dapat hadir ke kaunter bagi tujuan mengemaskini Buku Akaun Simpanan TH, beliau boleh mewakilkan kepada pihak ketiga dengan syarat membawa bersamanya surat kebenaran yang ditandatangani pemegang akaun.
  • Soalan 2 : Mengapakah buku akaun simpanan TH tidak boleh dikemaskini oleh orang lain, selain pemegang akaun?
    Tatacara mengemaskini buku akaun simpanan TH adalah untuk menjaga dan melindungi kepentingan serta kerahsiaan maklumat pemegang akaun atau pendeposit TH kerana ianya diklasifikasikan sebagai SULIT. Ini adalah selari dengan tatacara yang di praktikkan oleh institusi-institusi kewangan lain yang dikawal di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) dan Akta Perbankan Islam (IBA).