Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Latarbelakang Penubuhan

Kelab TaHa dilancarkan pada tahun 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi yang disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Zahid b Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Penubuhan kelab disasarkan kepada penabung muda yang berumur dari 7 hingga 17 tahun.

Objektif

  • Menanam minat menabung sejak di bangku sekolah. Menyemai rasa bangga menjadi ahli Tabung Haji (TH) di usia muda
  • Menganjurkan program-program khas untuk manfaat tambahan kepada ahli kelab seperti Seminar Bimbingan Peperiksaan, perkhemahan ibadah dan sebagainya
  • Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk pendeposit muda dan membangkitkan keinginan menyahut laungan Kaabah di usia muda

Keistimewaan

  • Kad keahlian secara percuma
  • Potongan harga di lebih 300 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia
  • Potongan 15% harga penginapan di mana-mana Rangkaian TAHA
  • Layak dipertimbangkan untuk Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.*
  • Penyertaan Klinik Bimbingan Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM secara percuma.*
  • Peluang menyertai peraduan dan memenangi hadiah yang menarik.*

    * Tertakluk kepada syarat dan terma.

Lihat senarai Rakan Kelab TaHa

Borang Pendaftaran

Syarat-syarat Menjadi Ahli :

  • Individu beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Permastautin tetap
  • Berumur 7 hingga 17 tahun
  • Telah mempunyai akaun TH, jika belum boleh membuka akaun TH serendah RM2
  • Mendaftar sebagai Ahli Kelab TaHa dengan mengisi borang yang boleh diperolehi dengan cara-cara berikut :

Aktiviti-aktiviti

Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa

  • Majlis tahunan yang dianjurkan oleh Kelab TaHa sebagai penghargaan TH dan motivasi kepada Ahli Kelab TaHa yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR-5A, PT3-8A, SPM/SPMV-9A.

Seminar Bimbingan Peperiksaan

  • Merupakan aktiviti yang ditaja dan dibiayai sepenuhnya oleh TH diberi secara percuma kepada ahli Kelab TaHa
  • Persediaan kepada Ahli Kelab TaHa untuk menghadapi peperiksaan (UPSR, PT3, SPM)
  • Dijalankan di seluruh negeri

Kem Bijak

  • Memberi pendedahan, bertukar pandangan / pengalaman sesama peserta, meningkatkan kemahiran berpasukan, meningkatkan keyakinan diri dan memotivasikan diri
  • Selain itu, dapat mengumpulkan Ahli Kelab TaHa dari pelbagai tempat dan menjalankan aktiviti bersama-sama

English Camp

  • Bertujuan untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah, agar mereka lebih berkeyakinan apabila berkomunikasi dan bersedia untuk menghadapi dunia luar yang semakin mencabar.

Program

*Tiada program bagi tahun 2017 untuk dipaparkan (Kemaskini terkini pada 2 Februari 2017).