Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

  • Kaunter IFiC (Islamic Financial Services Centre)
    Alt text
  • Pengenalan
    1. Industri kewangan Islam di Malaysia telah muncul sebagai satu komponen sistem kewangan yang berdaya maju dan berdaya saing seiring dengan sistem kewangan konvensional dalam menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Dengan adanya industri kewangan Islam ini, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang mempunyai sektor kewangan Islam yang paling komprehensif di dunia.
    2. Sejajar dengan usaha kerajaan untuk menjadikan negara sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa, Tabung Haji (TH) telah mengambil inisiatif untuk merealisasikan usaha kerajaan tersebut dengan menubuhkan Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) pertama di Malaysia.
    3. Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) telah melibatkan beberapa agensi yang bergabung di bawah satu bumbung untuk menjalankan urusan muamalat iaitu sistem kewangan Islam bersepadu. Antara agensi-agensi yang terlibat adalah seperti TH, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Tabung Haji Travel & Services (THTS), dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
    4. Selain menjadi pusat pengurusan kewangan dan pembiayaan Islam, IFiC juga menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang, perlindungan insurans, menyediakan perkhidmatan pelancongan dan juga pakej Haji dan Umrah. Sebagai projek perintis, Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) ini telah dilancarkan di bangunan TH Johor Bahru berdasarkan keluasan ruang lobi bangunan tersebut yang mempunyai lokasi yang strategik untuk menarik pendeposit-pendeposit ke kawasan tersebut. Antara sasaran pengunjung ke Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) ini adalah pendeposit dan orang ramai yang tinggal di daerah Johor Bahru dan kawasan-kawasan yang sekitar dengannya.
    5. Sehubungan itu, diharapkan Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) ini akan dapat dibangunkan di tempat strategik yang lain dan muncul sebagai Pusat Kewangan Islam bertaraf Antarabangsa di masa akan datang.
  • Konsep
    1. IFiC menyediakan perkhidmatan bercirikan Islam iaitu perkhidmatan Haji, Umrah & Pelancongan, Perbankan Islam dan Insurans (Takaful) secara berpusat (one stop centre)
    2. IFiC bersifat entiti berasingan di antara penyedia perkhidmatan dengan berkongsi semua kemudahan umum bagi pelanggan yang berurusan.
    3. Walaubagaimanapun, susun atur dan prosedur perkhidmatan masih lagi dibahagikan kepada empat agensi yang berasingan.
  • Kelebihan
    Kelebihan IFiC termasuklah:

    1. Penglibatan 4 agensi di bawah satu bumbung berkonsepkan pusat sehenti dapat memberi kemudahan kepada pendeposit yang berurusan.
    2. Gabungan 4 agensi yang berkongsi kemudahan dan prasarana secara tidak langsung memberi penjimatan kos kepada TH.
    3. Menjadi pusat kewangan Islam yang kukuh dan utuh melalui proses keseragaman pengurusan dan penerapan amalan kerjasama.
    4. Mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap sistem kewangan Islam
    5. Peningkatan imej TH melalui pengurusan agensi-agensi yang terlibat dengan cemerlang.
    6. Merupakan pusat kewangan Islam yang menjadi tunggak ekonomi ummah.
  • Agensi-agensi Terlibat
    Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) melibatkan beberapa agensi yang terdiri daripada:

    1. Tabung Haji
    2. Tabung Haji Travel & Services (THTS)
    3. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
    4. Syarikat Takaful Malaysia Berhad

*Waktu Operasi Kaunter IFIC, klik disini.