Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Jawatankuasa Pengurusan Risiko bertanggungjawab meneliti dan memantau pencapaian dan tahap Pelan Strategik Bahagian Pengurusan Risiko, di mana Jawatankuasa ini akan:-

  • Mengesyor, mengkaji semula dan memastikan Rangka kerja Pengurusan Risiko dilaksanakan secara efektif dan sewajarnya;
  • Mengesyor dan mengkaji semula pelan strategi pengurusan risiko, tahap penerimaan risiko, polisi-polisi pengurusan risiko dan had risiko untuk kelulusan Lembaga Pengarah;
  • Mengkaji profil risiko dan pendedahan risiko untuk memastikan ianya di dalam lingkungan yang ditetapkan;
  • Meluluskan pelan pengurusan kesinambungan perniagaan;
  • Meluluskan metodologi pengukuran risiko; dan
  • Meneliti dan memantau segala inisiatif pengurusan risiko dan usaha-usaha menyerapkan budaya mengawal risiko di TH.

Keahlian :

Tan Sri Shukry Mohd Salleh

PSM, PJN, SMW, DPSK, PGBK, ASDK, PMP, PSK, AMN

    • Sarjana Kajian Dasar Sosial, University of Hull, United Kingdom
    • Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian), Universiti Sains Malaya


    Tan Sri Shukry Mohd Salleh dilahirkan di Kelantan. Beliau kini merupakan Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran kerajaan dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kementerian, termasuk sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Beliau pernah bertugas dalam bidang Keselamatan di negeri Sarawak, Sabah dan Selangor. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya, Sabah, Negeri Sembilan dan Perak. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.

    Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pada April 2015 dan Ahli Lembaga Pengarah Brandworth Corporation pada Mac 2016.

    Tan Sri Shukry Mohd Salleh telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 1 September 2015.

×

Tan Sri Ismee Ismail

PSM, SSIS, PJN, DHMS, DSNS, SSAP

    • Ahli Fellow Chartered Institute of Management Accountants (FCMA)
    • Ahli Chartered Accountants of Malaysia, CA(M)

    Tan Sri Ismee Ismail dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Beliau berpengalaman luas di sektor swasta dengan memegang jawatan penting di beberapa organisasi, di antaranya Pengurus Besar di Arab Malaysia Development Berhad dan beberapa jawatan kewangan di syarikat pengeluar minyak antarabangsa, Shell Malaysia.

    Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Akauntan di Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dan Pengurus Besar Kanan Kewangan di TH bermula Disember 2001 hingga November 2003. Beliau kemudiannya menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat broker saham.

    Tan Sri Ismee menyertai semula TH sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif serentak dengan pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 1 Januari 2006.

×

Dato’ Ghazali Awang

DIMP

    • Sarjana Muda Perdagangan, University of Newcastle, Australia
    • Akauntan Berkanun, The Institute of Chartered Accountants, Australia
    • Akauntan Berdaftar, Institut Akauntan Malaysia (MIA)
    • Diploma Pengajian Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia
    • Diploma Pengajian Syariah, Kolej Dar Al-Hikmah, Malaysia
    • Magister Agama (MA), Institut Agama Islam Negeri, Imam Bonjol, Padang Indonesia

    Dato’ Ghazali Awang dilahirkan di Kelantan. Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan telah banyak memegang jawatan penting di dalam beberapa organisasi di antaranya Ketua Akauntan/Pengurus Kanan Kewangan & Pentadbiran di Amanah Saham Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Audit, Pengurus Perkhidmatan Kewangan, Ketua Akauntan dan Pengurus Dana di Kumpulan Shell Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Kumpulan Guthrie Berhad sebagai Pengarah Kumpulan, Pengarah Eksekutif Kewangan & Perkhidmatan Korporat. Beliau juga turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di syarikat-syarikat senaraian awam iaitu CCM Duopharma Biotech Bhd, Bank Simpanan Nasional, HeiTech Padu Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, BIMB Investment Management Bhd dan Chemara Palmea Holdings Berhad.

    Dato’ Ghazali telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji (TH) (2011-2015) dan Pengerusi Jawatankuasa Audit TH (2011-2015). Beliau telah dilantik sebagai ahli Panel Pelaburan TH pada 1 Oktober 2015

×

Abdul Kadir Md Kassim

    • LLB (Honours), University of Singapore

    Abdul Kadir Md Kassim berasal dari Taiping, Perak. Beliau merupakan seorang peguam yang telah beramal selama lebih 46 tahun. Kini, beliau merupakan Rakan Kongsi Kanan di Tetuan Kadir, Andri & Partners. Abdul Kadir adalah Pengerusi TimedotCom, sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi Kumpulan Syarikat UEM yang tidak disenaraikan dan Danajamin Nasional Berhad. Beliau juga merupakan ahli Corporate Debt Restructuring Committee dan Financial Services Professional Board.

    Abdul Kadir dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan TH pada tahun 2007.

×