Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Jawatankuasa Penasihat Syariah berperanan sebagai sumber rujukan bagi Lembaga Pengarah TH mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Syariah. Ini termasuk:

  • Menyemak dan mengesahkan polisi dan garis panduan yang berkaitan Syariah; dan

  • Membantu dan menasihati pihak-pihak yang berkaitan seperti peguam, juruaudit dan jururunding dalam hal-hal yang berkaitan dengan Syariah apabila perlu.

Keahlian :

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin

PSM, DIMP, DSNS, JSM

    • Ph.D. Akidah dan Falsafah Islam, Al-Azhar University
    • M.A Akidah dan Falsafah Islam, Al-Azhar University
    • B.A (Honours) Usuluddin, Al-Azhar University
    • Diploma in Education Ain Shams, University of Cairo

    Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin dilahirkan di Jerantut, Pahang. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Pada masa yang sama beliau menganggotai beberapa jawatankuasa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di antaranya ialah Timbalan Pengerusi Akademi Fiqh Sedunia (RABITAH), Ahli Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pahang, Ahli Lembaga Penasihat Pensijilan Halal (JAKIM), Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan Ahli Majlis Perundingan Islam (MPI).

    Beliau pernah berkhidmat sebagai Naib Canselor USIM dari tahun 1999 hingga 2009 dan pernah menjadi Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama enam tahun. Beliau menerima Ijazah Doktor Kehormat dari UKM pada tahun 2010. Beliau juga dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2011.

    Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH Properties Sdn Bhd pada tahun 2013 dan berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 15 Oktober 2004.

×

    Profesor Madya Dato’ Al-Ustaz Haji Ellias Zakaria

    • Ijazah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
    • Ijazah Sarjana Temple University, Philadelphia, USA

    Prof. Madya Dato’ Al-Ustaz Hj. Ellias berasal dari Kampong Tasek Junjong, Simpang Ampat, Seberang Perai. Beliau memperolehi ijazah pertama dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 1977-1981 dan mendapat ijazah sarjana dari Temple University, Philadelphia, USA, 1983-1984.

    Prof. Madya Dato’ Al-Ustaz Hj. Ellias memulakan kerjayanya sebagai ahli akademik, di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, sejak Oktober 1984 hingga kini.

    Di Peringkat Negeri Pulau Pinang pula, Prof. Madya Dato’ Al-Ustaz Hj. Ellias telah dilantik menjadi Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2010 – 2011, Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Urus Zakat, MAINPP 2010 - 2012, AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang, AJK Panel Peguam Syar’ie Pulau Pinang, AJK Pembangunan Insan dan Dakwah MAINPP dan lain-lain lagi. Di samping itu juga, Dato’ Al-Ustaz Hj. Ellias juga dilantik menganggotai Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (2016 – 2018), Jawatankuasa Penasihat Syariah Yayasan Waqaf Malaysia dan Penasihat Syariah Syarikat Jeruk Madu Pak Ali.

    Beliau turut aktif membentangkan kertas kerja dalam wacana-wacana ilmu, seperti seminar, kursus, persidangan, kolokium dan lain-lain, di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

    Hasil sumbangan dan khidmat bakti beliau, beliau dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Dato’ pada Ogos 2013. Beliau juga dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul Negeri Pulau Pinang (2005), Tokoh Maal Hijrah USM (2006), Tokoh Agama (2010), Tokoh Waris (2010), dan terkini, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2015 (1437H).

    Sekarang Prof. Madya Dato’ Al-Ustaz Hj. Ellias diamanahkan menjawat jawatan sebagai Pengarah, Pusat Transformasi Insan, Universiti Sains Malaysia.

×

    Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman

    PSM, PJN, DSDK, SDK, AMN

    • B.A Perundangan Islam (Syariah) Universiti Azhar, Kaherah, Mesir
    • Diploma Pendidikan, Universiti Ain Sham, Kaherah, Mesir
    • Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia

    Tan Sri Sheikh Ghazali berasal dari Tobiar, Pendang, Kedah. Beliau merupakan mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Tan Sri Sheikh Ghazali menyandang beberapa jawatan penting, di antaranya ialah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; Ahli Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara (Bekas Pengerusi), Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (Bekas Pengerusi); Ahli Panel Mahkamah Rayuan Syariah Negeri di Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kelantan; dan bekas Ahli Majlis Syariah, Accounting and Auditing Organisation Islamic Financial Institution (AAOIFI) yang beribu pejabat di Bahrain.

    Beliau juga aktif di dalam aktiviti sosial melalui pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM); Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah YaPEIM; Ahli Majlis Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri; Pengerusi Panel Undang-Undang Majlis Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri; Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan; Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Pengerusi Jawatankuasa “Good Governance” untuk Garis Panduan Syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penasihat Syariah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM); Ahli Lembaga Penasihat, Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Panel Penasihat Pengajian Tinggi Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Ahli Lembaga Penasihat Akademik Program Sarjana Syariah di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ahli Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Program (Steering Committee On Programme Development); Diploma Kefatwaan, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD); Ahli Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia JAKIM; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa. Di atas sumbangan dan jasanya terhadap pembangunan ummah, Tan Sri Sheikh Ghazali telah mendapat pengiktirafan dan pengurniaan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1416H, Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1995 dan Anugerah Penghargaan Ma’al Hijrah 1428H, Peringkat Kebangsaan Tahun 2007. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan TH pada bulan Oktober 2001 dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah TH pada Mei 2010.

×

    Prof. Dr Ashraf Md Hashim

    • PhD Undang-Undang Islam, University of Birmingham, United Kingdom
    • Ijazah Sarjana Fiqh dan Usul Fiqh, University of Jordan
    • Ijazah Sarjana Muda, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi

    Prof. Dr. Ashraf Md Hashim adalah Ketua Pegawai Eksekutif di ISRA Consultancy. Beliau juga merupakan Penyelidik Kanan di International Research Academy for Islamic Finance (ISRA) dan Professor di International Centre of Education in Islamic Finance (INCEIF).

    Prof Dr. Ashraf juga merupakan salah seorang ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan juga ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah Bursa Malaysia dan berkhidmat sebagai ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Selain daripada itu, beliau juga menjadi penasihat Syariah berdaftar bagi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang memberi khidmat nasihat kepada beberapa syarikat REIT terutamanya di Singapura. Beliau juga ahli Jawatankuasa Syariah Association of Islamic Banking Association Malaysia (AIBIM). Beliau terlibat secara aktif dalam pelbagai kerja perundingan yang berkaitan dengan kewangan Islam di Malaysia dan di luar negara, antara lain Bank Islam Australia (Project) dan Noor Takaful Nigeria.

    Prof. Dr. Ashraf memperolehi PhD dalam Undang-Undang Islam dari University of Birmingham, United Kingdom, Ijazah Sarjana dalam Fiqh dan Usul Fiqh dari University of Jordan dan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

×

    Dr. Asmak Ab Rahman

    • Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Malaya

    Dr. Asmak Ab Rahman merupakan pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

    Beliau telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya. Bidang kepakaran beliau adalah wakaf, takaful, perbankan Islam dan Syariah.

    Beliau telah menerbitkan artikel di dalam jurnal tempatan mahupun antarabangsa seperti Arab Law Quarterly, Humanomics, Journal of Islamic Marketing, International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management dan Jurnal Syariah.

    Beliau mengetuai dan menganggotai penyelidikan-penyelidikan yang dibiayai oleh dana dari Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Long term Research Grant Scheme (LRGS) dan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) di samping penyelidikan yang dibiayai oleh Universiti Malaya.

×