Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|
  • Pelan Integriti TH
  • Kod Etika Perniagaan TH
  • Kod Etika Pembekal TH
  • Integrity Pact TH
  • Dasar-dasar
    • Dasar Tidak Menerima Dan Memberi Hadiah

      Lembaga Tabung Haji (TH) membudayakan integriti dan mengurus tadbir organisasi berdasarkan pematuhan syariah selaras dengan Visi dan Misi TH.
      Sehubungan itu,

      • Anggota TH tidak menerima hadiah dari pihak luar.
      • Anggota TH tidak memberi hadiah kepada pihak luar.

      Dasar ini bertujuan untuk mengelakkan konflik atau percanggahan kepentingan dalam mana-mana urusan yang sedang berlangsung dengan TH.
      Anggota TH dikehendaki mengamalkan budaya berintegriti bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Tatertib TH dan Kod Etika Perniagaan TH.

      INTEGRITI AMALAN SAYA
  • e-Whistleblowing

    Sila baca dan fahami Prosedur Whistleblowing kami sebelum menghantar Whistleblowing.

    Prosedur Whistleblowing Polisi Tabung Haji(TH)

    Pada tahun 2010, TH menguatkuasakan Polisi Pendedahan maklumat tentang salahlaku di tempat kerja (“Whistleblowing Policy“) bagi memudahkan warga TH atau orang awam melaporkan perlanggaran tatakelakuan atau integriti. Ianya merupakan medium kepada Pemberi Maklumat untuk membuat pelaporan secara berstruktur kepada TH bagi menjamin identiti Pemberi Maklumat dilindungi dan dirahsiakan.
    Warga TH dan orang awam boleh membuat pendedahan tentang salahlaku atau perlanggaran integriti seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan yang serius dan salahguna kuasa seseorang yang dilantik dalam TH berdasarkan prosedur yang dinyatakan dalam dokumen ini.

    Saluran Pelaporan

    Pendedahan boleh disalurkan melalui mana-mana saluran berikut dan segala maklumat yang diterima adalah bertaraf sulit :

    • Emel : whistle@lth.gov.my
    • Secara bertulis kepada
    • BAHAGIAN INTEGRITI,
    • Lantai 15, Bangunan Tabung Haji
    • 201, Jalan Tun Razak
    • 50400 Kuala Lumpur
    • Hubungi talian 03-2054 3318 dari Isnin hingga Jumaat pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
    • Hadir ke pejabat Ketua Pegawai Integriti/Bahagian Integriti

    Pemberi Maklumat

    Untuk memastikan TH dapat memberi perlindungan kepada pemberi maklumat berdasarkan “Whistleblowing Policy” dan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pendedahan tersebut, Pemberi Maklumat perlulah mengemukakan identiti seperti di bawah :

    • Nama Pemberi Maklumat
    • No. Kad Pengenalan
    • No. Telefon untuk dihubungi

    Identiti Pemberi Maklumat dilindungi dan dirahsiakan.

    Skop Pelaporan

    Apa-apa kelakuan yang tidak wajar (salah laku atau kesalahan jenayah) termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut :

    • Rasuah dan penipuan
    • Kesalahan jenayah
    • Penyalahgunaan dana atau aset TH
    • Salahguna kuasa yang serius dalam TH
    • Penyelewengan kewangan atau perlanggaran peraturan kewangan yang serius dalam TH
    • Ketidakpatuhan kepada Akta TH 1995, Kaedah Am dan Peraturan-peraturan
    • Tindakan/pengabaian yang membahayakan kesihatan dan keselamatan Warga TH, orang ramai atau alam sekitar
    • Dengan sengaja mengarahkan atau menasihati seseorang untuk melakukan mana-mana satu daripada perkara di atas.

    Kandungan Pendedahan Maklumat

    Kandungan pendedahan maklumat adalah seperti berikut :

    • Nama Orang yang dikatakan Pesalah Laku;
    • Keterangan tentang Insiden yang Didakwa Berlaku;
    • Waktu Berlaku;
    • Tarikh Berlaku;
    • Keterangan tentang Insiden;
    • Ulasan Lain;

    Maklumat yang diterima adalah bertaraf SULIT.

    Perlindungan

    Pemberi maklumat akan diberikan perlindungan di bawah polisi ini dengan syarat bahawa pendedahan yang dibuat adalah benar dan jujur. Akta berkaitan Perlindungan Pemberi Maklumat termaktub di bawah Akta Pemberi Maklumat 2010.
    Perlindungan pemberi maklumat boleh terbatal sekiranya :

    • Pemberi maklumat terlibat perlakuan yang tidak wajar
    • Pemberi maklumat dengan sengaja memberikan kenyataan palsu
    • Pendedahan maklumat berniat jahat
    • Pendedahan maklumat adalah perkara remeh dan menyusahkan

    Makluman Hasil Pendedahan

    Pemberi maklumat akan dimaklumkan mengenai hasil pendedahan beliau.

    e-Borang Whistleblowing