Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|
  • Pengenalan
    Hibah adalah suatu amalan sunat berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud:

    “Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”

    (Surah Al-Nisa’: 4);

    dan

    “….dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-meminta dan (memerdekakan) hamba sahaya”

    (Surah Al-Baqarah: 177)

  • Definisi Hibah Amanah TH

    Hibah Amanah TH adalah pemberian Harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (Pendeposit) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela, tanpa paksaan dan tanpa mengenakan sebarang balasan dan berlakunya ijab dan qabul di antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah.

    Harta Hibah Amanah ini akan dipegang oleh pendeposit yang bertindak sebagai Pemegang Amanah dan akan diserah milik kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian pendeposit dan/atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu.

  • Rukun Hibah

    Rukun Hibah terdiri dari lima (5) perkara iaitu:

    1. Pemberi Hibah (Wahib)
    2. Penerima Hibah (Mawhub lahu)
    3. Harta yang dihibahkan (Mawhub)
    4. Sighah (Ijab dan Qabul)
    5. Penerimaan Hibah (Qabd)
  • Konsep Hibah Amanah TH
    Empat (4) konsep utama Hibah Amanah TH adalah seperti di Rajah 1:

    Ilustrasi Hibah Amanah TH:

    1. Kematian Pemberi Hibah Amanah

      Hj. Ahmad merupakan pendeposit di TH.Beliau berhasrat untuk menghibahkan 50% wang simpanan beliau di TH kepada isteri beliau, Hjh Aminah dan 50% kepada anak beliau, Muhammad. Di dalam permohonan tersebut, Hj. Ahmad adalah Pemberi Hibah Amanah, Hjh Aminah dan Muhammad adalah Penerima Hibah Amanah dan wang simpanan Hj. Ahmad adalah Harta Hibah Amanah. Hj. Ahmad juga merupakan Pemegang Amanah dan beliau boleh menggunakan Harta Hibah Amanah untuk faedah dirinya, membuat urus niaga dan mendapat semua manfaat yang berkaitan dengan Harta Hibah Amanah tersebut selama mana beliau masih hidup. Hj. Ahmad kemudiannya meninggal dunia. TH bertindak sebagai Pemegang Amanah Gantian yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pembahagian dan pembayaran Harta Hibah Amanah selepas kematian Hj Ahmad kepada Hjh Aminah dan Muhammad mengikut kaedah pembahagian dan syarat-syarat sepertimana yang dipersetujui

    2. Kematian Penerima Hibah Amanah

      Hj. Rosli merupakan pendeposit di TH. Beliau berhasrat untuk menghibahkan 100% wang simpanan beliau di TH kepada Rahman. Di dalam permohonan tersebut, Hj. Rosli adalah Pemberi Hibah Amanah, Rahman adalah Penerima Hibah Amanah dan wang simpanan Hj. Rosli adalah Harta Hibah Amanah. Hj. Rosli juga merupakan Pemegang Amanah dan beliau boleh menggunakan Harta Hibah Amanah untuk faedah dirinya, membuat urus niaga dan mendapat semua manfaat yang berkaitan dengan Harta Hibah Amanah tersebut selama mana Rahman masih hidup. Rahman kemudiannya meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Hj. Rosli. Harta Hibah Amanah yang dihibahkan tersebut menjadi harta pusaka Rahman walaupun Hj. Rosli masih hidup. Harta Hibah Amanah tersebut akan dibayar sepenuhnya (100%) oleh TH kepada waris Rahman mengikut surat kuasa mentadbir yang perlu dikemukakan oleh waris Rahman apabila membuat tuntutan berdasarkan baki simpanan Hj. Rosli pada tarikh kematian Rahman.

  • Mengapa Memilih Hibah Amanah TH
    1. Pemberi Hibah Amanah bebas menghibahkan Harta Hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan muslim
    2. Pemberian Hibah Amanah adalah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menerima Harta Hibah
    3. Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut Hukum Faraid.
    4. Sebagai satu alternatif atau penyelesaian bagi pembahagian harta bagi saudara baru/mualaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat
    5. Pemberi Hibah Amanah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan selagi Pemberi dan Penerima Hibah Amanah masih hidup.
  • Syarat-syarat Kelayakan

    a. Pemberi Hibah Amanah TH

    • Pendeposit TH yang mempunyai akaun dewasa;
    • Waras;
    • Berumur 18 tahun dan ke atas; dan
    • Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di bawah Suratikatan Hibah Amanah dan Surat Kuasa Wakil

    b. Penerima Hibah Amanah TH

    • Individu warganegara Malaysia ataupun bukan warganegara Malaysia;
    • Beragama Islam atau bukan beragama Islam;
    • Waras (sekiranya tidak waras, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah);
    • Tiada had umur (sekiranya Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah); dan
    • Tiada had bilangan Penerima Hibah Amanah.
  • Terma-terma dan Syarat-syarat Hibah Amanah TH (sepertimana yang terkandung dalam Borang Permohonan Hibah Amanah TH /Penama)
    1. Hibah Amanah TH adalah pemberian Harta Hibah Amanah oleh Pemberi Hibah Amanah semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang secara sukarela, tanpa paksaan dan tanpa mengenakan sebarang balasan dan berlakunya ijab dan qabul di antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah di mana Harta Hibah Amanah tersebut akan dipegang oleh Pemegang Amanah dan diserahmilikkan kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah. Sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah, Hibah Amanah tersebut akan menjadi harta pusaka Penerima Hibah Amanah yang akan dibayar kepada waris Penerima Hibah Amanah dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh lembaga apabila membuat tuntutan.
    2. Pemberi Hibah Amanah mestilah seorang pendeposit TH yang mempunyai akaun simpanan dewasa, waras, berumur 18 tahun dan ke atas serta tertakluk kepada terma-terma dan syarat- syarat di dalam Borang Permohonan Hibah Amanah TH/ Penamaan dan Suratikatan Hibah Amanah.
    3. Pemberi Hibah Amanah diberi pilihan sama ada ingin membuat Hibah Amanah TH secara keseluruhan ataupun gabungan Hibah Amanah dan Penamaan ke atas wang simpanannya di TH (‘Harta Hibah Amanah’). Pembahagian Harta Hibah Amanah kepada Penerima Hibah Amanah/Penerima Namaan adalah di dalam bentuk peratusan (%). Jumlah keseluruhan peratusan bahagian Hibah Amanah atau gabungan Hibah Amanah dan Penamaan hendaklah berjumlah sebanyak seratus peratus (100%). Sekiranya Pendeposit memilih untuk membuat Hibah Amanah atau gabungan Hibah Amanah dan Penamaan, mana-mana Penamaan yang telah dibuat sebelum ini adalah TERBATAL.
    4. Baki minimum yang perlu ada di dalam akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah/pendeposit semasa permohonan hibah amanah TH dibuat adalah seperti:

      Baki minimum sebanyak RM1,200.00 sekiranya Pemberi Hibah Amanah/Pendeposit tidak membuat pendaftaran haji;

      Baki minimum sebanyak RM1,200.00 dan Yuran Pendaftaran Haji yang telah ditetapkan oleh TH sekiranya pendaftaran haji telah dibuat oleh Pemberi Hibah Amanah/Pendeposit.

    5. Pemberi Hibah Amanah /pendeposit hendaklah mengekalkan baki wang simpanan minimum berjumlah RM1,000.00 sebagai Harta Hibah Amanah (tidak termasuk Yuran Pendaftaran Haji yang telah ditetapkan oleh TH sekiranya pendaftaran telah dibuat oleh Pemberi Hibah Amanah/Pendeposit)
    6. Suratikatan Hibah Amanah mengandungi terma-terma pengisytiharan Hibah Amanah TH daripada Pemberi Hibah Amanah kepada Penerima Hibah Amanah dan Borang Permohonan Hibah Amanah TH /Penamaan ini akan menjadi sebahagian daripada Suratikatan Hibah Amanah tersebut.
    7. Pemberi Hibah Amanah juga akan menamakan TH sebagai wakilnya yang sah atas namanya dan bertindak bagi pihaknya melalui Surat Kuasa Wakil untuk menjalankan tujuan-tujuan yang dinyatakan di dalam Surat Kuasa Wakil tersebut yang akan menjadi sebahagian daripada Suratikatan Hibah Amanah.
    8. Melalui pembentukan Hibah Amanah TH ini, Penerima Hibah Amanah bersetuju melantik Pemberi Hibah Amanah sebagai Pemegang Amanah dan TH sebagai Pemegang Amanah Gantian. TH sebagai Pemegang Amanah Gantian adalah bertanggungjawab untuk mentadbir Harta Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah bagi tujuan pentadbiran dan pembahagian Harta Hibah Amanah tersebut tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Borang Permohonan Hibah Amanah TH/Penamaan, Suratikatan Hibah Amanah dan Surat Kuasa Wakil.
    9. Syarat-syarat dan kelayakan Penerima Hibah Amanah:

      • Individu warganegara Malaysia ataupun bukan warganegara Malaysia;
      • Tiada had bilangan Penerima Hibah Amanah;
      • Beragama Islam atau bukan beragama Islam;
      • Waras (sekiranya tidak waras, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah); dan
      • Tiada had umur (sekiranya Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah).
    10. Syarat-syarat dan kelayakan Penjaga Sah:

      • Dilantik untuk Penerima Hibah Amanah yang berumur di bawah 18 tahun dan/atau tidak waras;
      • Penjaga Sah dihadkan kepada penjaga yang sah sahaja berasaskan takrif penjagaan menurut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 seperti berikut :-
        • Ibu bapa kandung;
        • Melalui suratikatan atau wasiat yang telah disahkan melalui Perintah Mahkamah;
        • Ibu bapa angkat (dengan pembuktian sijil anak angkat dan sijil pendaftaran pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara); dan;
        • Mana-mana orang yang mempunyai jagaan yang sah ke atas kanak-kanak itu melalui Perintah Mahkamah.

      • Kuasa Penjaga Sah gugur apabila Penerima Hibah Amanah mencapai umur 18 tahun, manakala bagi Penerima Hibah Amanah yang tidak waras kuasa Penjaga Sah tersebut akan kekal selagi mana tidak dipinda dan/atau dibatalkan.

    11. Syarat-syarat dan kelayakan Penerima Namaan:
      • Penerima Namaan yang dilantik merupakan pentadbir yang akan mentadbir harta Pendeposit mengikut Hukum Syarak;
      • Bilangan Penerima Namaan adalah terhad kepada dua (2) orang sahaja yang merupakan waris mengikut Hukum Syarak;
      • Waras; dan
      • Berumur 18 tahun dan ke atas.
    12. Sekiranya Pemberi Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Penerima Hibah Amanah, maka peratusan bahagian Harta Hibah Amanah adalah menjadi hak mutlak sepenuhnya Penerima Hibah Amanah dan peratusan bahagian Harta Hibah Amanah tersebut akan dibayar oleh TH kepada Penerima Hibah Amanah tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam Borang Permohonan Hibah Amanah TH /Penamaan, Suratikatan Amanah dan Surat Kuasa Wakil.
    13. Sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah, peratusan bahagian Harta Hibah Amanah tersebut akan menjadi harta pusaka Penerima Hibah Amanah. Peratusan bahagian Harta Hibah Amanah tersebut akan dibayar oleh TH kepada waris Penerima Hibah Amanah mengikut surat kuasa mentadbir yang dikemukakan oleh waris Penerima Hibah Amanah apabila membuat tuntutan. TH berhak menolak Yuran Pendaftaran Haji dan Bayaran Haji yang telah ditetapkan oleh TH daripada peratusan bahagian Harta Hibah Amanah tersebut sekiranya Pemberi Hibah Amanah telah dipilih oleh TH untuk mengerjakan haji pada tahun semasa.
    14. Sekiranya kedua-dua Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah meninggal dunia serentak, Harta Hibah Amanah akan dibayar oleh TH mengikut surat kuasa mentadbir yang dikemukakan oleh waris Penerima Hibah Amanah apabila membuat tuntutan.
    15. 14A. Sekiranya terdapat Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu daripada Pemberi Hibah Amanah dan warisnya menuntut Harta Hibah Amanah berikutan kematian Penerima Hibah Amanah tersebut,TH akan membuat penyelarasan ke atas peratusan untuk baki Harta Hibah Amanah yang masih ada dan terakru kepada Penerima Hibah Amanah yang hidup.

    16. Sekiranya Pendeposit meninggal dunia, peratusan bahagian Penamaan akan dibayar kepada Penerima Namaan yang merupakan seorang Pentadbir dan mewakili Pendeposit yang hendaklah membahagikan peratusan bahagian Penamaan mengikut Hukum Syarak.
    17. Bayaran peratusan bahagian Penamaan akan dibayar kepada Penerima Namaan Pertama sahaja dan hanya dibayar kepada Penerima Namaan Kedua sekiranya Penerima Namaan Pertama meninggal dunia.
    18. Namun, sekiranya Penerima Namaan Kedua ingin membuat tuntutan, Penerima Namaan Kedua mestilah mendapatkan persetujuan Penerima Namaan Pertama seperti di dalam Borang Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah TH/ Penamaan.
    19. Sekiranya kedua-dua Penerima Namaan meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pendeposit, maka peratusan bahagian Penamaan tersebut akan dikembalikan kepada Pendeposit untuk menguruskannya.
    20. Sila rujuk bahagian-bahagian berikut untuk terma-terma pemberian dan penerimaan Hibah Amanah TH/Penamaan:
      • Perkara C Bahagian I untuk pengakuan pemberian Hibah Amanah TH/Penamaan oleh Pemberi Hibah Amanah/Pendeposit
      • Perkara C Bahagian II untuk pengakuan Penerimaan Pemberian Hibah Amanah TH oleh Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah
      • Perkara C Bahagian III untuk pengakuan Penerima Penamaan oleh Penerima Namaan
      • Perkara C Bahagian IV untuk pelantikan Pemberi Hibah Amanah sebagai Pemegang Amanah dan pelantikan TH sebagai Pemegang Amanah Gantian oleh Penerima Hibah Amanah
      • Perkara C Bahagian V untuk Pengakuan Saksi
      • Perkara C Bahagian VI untuk pengakuan memberi maklumat peribadi tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
    21. Hibah Amanah TH yang diisytiharkan oleh Pemberi Hibah Amanah akan terbatal sekiranya Pemberi Hibah Amanah membuat permohonan pembatalan Hibah Amanah TH tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Borang Pembatalan Hibah Amanah TH /Penamaan atau jika Pemberi Hibah Amanah hilang kelayakan sebagai pendeposit TH tertakluk kepada Akta Tabung Haji1995 (Akta 535) dan peraturan-peraturan TH
    22. Penerima Hibah Amanah,Penerima Namaan dan Penjaga Sah adalah digalakkan membuka akaun simpanan di TH
    23. Dalam keadaan Pemberi Hibah Amanah hilang keupayaan mental, pengeluaran wang daripada akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah oleh wakil dibenarkan dengan syarat mendapat persetujuan secara bertulis daripada semua waris yang berhak berdasarkan Hukum Syarak dan tertakluk kepada Akta Tabung Haji1995 (Akta 535) dan peraturan-peraturan TH serta Borang Permohonan Hibah Amanah TH/ Penamaan
    24. Pemberi Hibah Amanah tidak boleh membuat pindaan dan/atau pembatalan Hibah Amanah TH tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah kecuali Penerima Hibah Amanah adalah anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah tetapi Pemberi Hibah Amanah hendaklah membuat pengesahan bahawa anak kandung dan/atau cucu kandung masih hidup. Syarat-syarat pindaan dan/atau pembatalan Hibah Amanah TH adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Borang Pindaan Hibah Amanah TH /Penamaan, mana-mana yang berkenan.
    25. Untuk Penamaan, Pendeposit boleh membuat pindaan dan/atau pembatalan Penamaan tanpa perlu mendapatkan persetujuan Penerima Namaan.
    26. Yuran-yuran berkenaan dengan Hibah Amanah TH ini akan dikenakan kepada Pemberi Hibah Amanah seperti berikut:
      • Permohonan Hibah Amanah TH / Penamaan: Yuran Pendaftaran RM190.00.
      • Permohonan pindaan Hibah Amanah TH / Penamaan: Yuran Pindaan RM10.00 bagi setiap pindaan.
      • Permohonan pembatalan Hibah Amanah TH / Penamaan:Yuran Pembatalan RM70.00
      • (Nota: Tertakluk kepada tambahan 6% Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST))

    27. Bayaran Yuran Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah TH adalah pada kadar satu peratus (1%) daripada baki wang Pemberi Hibah Amanah atau maksimum Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10, 000.00). Bayaran tersebut akan ditolak daripada akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah.

      (Nota: Tertakluk kepada tambahan 6% Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST))

    28. Pemberi Hibah Amanah/Pendeposit perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut semasa membuat permohonan Hibah Amanah TH /Penamaan:

      • Dokumen Pengenalan Diri Pemberi Hibah Amanah/ Pendeposit (asal dan salinan diakui sah);
      • Dokumen Pengenalan Diri Penerima Hibah Amanah/ Penjaga Sah/ Penerima Namaan (salinan diakui sah);
      • Sijil Kelahiran/Sijil Pengangkatan bagi Penerima Hibah Amanah yang berumur di bawah 18 tahun (salinan diakui sah);
      • Dokumen sokongan Penerima Hibah Amanah yang tidak waras (salinan diakui sah)

    29. Untuk tujuan tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH /Penamaan setelah kematian Pemberi Hibah Amanah/Pendeposit, Penerima Hibah Amanah (atau waris untuk keadaan menurut perenggan 13 di atas) /Penjaga Sah/Penerima Namaan perlu hadir di mana-mana pejabat cawangan TH dengan mengemukakan dokumen-dokumen (asal dan salinan yang diakui sah) berikut:-

      • Dokumen Pengenalan Diri Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/Penerima Namaan;
      • Sijil Kematian/Laporan Kematian Luar Negara Pemberi Hibah Amanah;
      • Sijil Kelahiran/Sijil Pengangkatan bagi Penerima Hibah Amanah yang berumur di bawah 18 tahun dan/atau tidak waras;
      • Sijil Kematian/Laporan Kematian Luar Negara bagi Penerima Hibah Amanah/Penerima Namaan yang telah meninggal dunia; dan
      • Surat Kuasa Mentadbir (sekiranya Penerima Hibah Amanah/Penerima Namaan telah meninggal dunia).

    30. Salinan dokumen hendaklah diakui sah oleh mana-mana orang seperti berikut:

      • Penghulu;
      • Ketua Masyarakat (Sabah dan Sarawak Sahaja);
      • Majikan tempat bekerja;
      • Pentadbiran tempat belajar;
      • Pesuruhjaya Sumpah; atau
      • Pentadbiran tempat belajar;
      • Pegawai TH yang diberi kuasa

    31. Kelayakan saksi pada Borang Permohonan Hibah Amanah TH/ Penamaan seperti berikut:

      • Individu yang beragama Islam, berumur 18 tahun ke atas dan waras ;atau
      • Anggota TH yang diberi kuasa;

    32. Kelayakan saksi untuk Surat Kuasa Wakil:

      • Majistret;
      • Jaksa Pendamai;
      • Pentadbir Tanah;
      • Notari Awam;
      • Pesuruhjaya Sumpah; atau
      • Pentadbiran tempat belajar;
      • Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Sabah dan Sarawak.

    33. Kelayakan saksi untuk Suratikatan Hibah Amanah TH

      • Anggota TH yang diberi kuasa.

  • Pembatalan & Pindaan Hibah Amanah TH
    1. Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah.
    2. Walaubagaimanapun pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya Penerima Hibah Amanah adalah daripada kalangan anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah yang masih hidup.
  • Proses Pelaksanaan Hibah Amanah TH / Penamaan

    Bahagian ini menerangkan proses permohonan, pindaan, pembatalan, kemaskini maklumat dan tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH / Penamaan (jika memilih gabungan Hibah Amanah *TH dan Penamaan) (jika memilih gabungan Hibah Amanah TH dan Penamaan)

    1. Proses Permohonan Hibah Amanah TH / Penamaan
      SYARAT-SYARAT PROSES YURAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
      • Pemberi Hibah Amanah boleh memilih sama ada ingin membuat Hibah Amanah secara keseluruhan ataupun gabungan Hibah Amanah dan Penamaan.
      • Jumlah keseluruhan peratusan bahagian Hibah Amanah atau gabungan Hibah Amanah dan Penamaan hendaklah berjumlah sebanyak seratus peratus (100%). Sekiranya Pemberi Hibah Amanah memilih untuk membuat Hibah Amanah atau gabungan Hibah Amanah dan Penamaan, mana-mana Penamaan yang telah dibuat sebelum ini adalah terbatal.
      • Baki minimum yang perlu ada di dalam akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah/Pendeposit semasa permohonan Hibah Amanah TH dibuat adalah seperti berikut:
        1. Baki minimum sebanyak RM1,200.00 sekiranya Pemberi Hibah Amanah/ Pendeposit tidak membuat pendaftaran haji
        2. Baki minimum sebanyak RM1,200.00 dan Yuran Pendaftaran Haji yang telah ditetapkan oleh TH sekiranya pendaftaran haji telah dibuat oleh Pemberi Hibah Amanah/ Pendeposit.

      Rujuk Diagram 1 RM193.00 termasuk 6% Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)
      • Borang Permohonan Hibah Amanah TH /Penamaan (JP031) dan Surat Kuasa Wakil (diperolehi di Pejabat TH Cawangan)
      • Dokumen pengenalan diri Pemberi Hibah Amanah/Pendeposit (asal dan salinan diakui sah)
      • Sijil Kelahiran/Sijil Pengangkatan bagi Penerima Hibah Amanah yang berumur di bawah 18 tahun (salinan diakui sah)

      • Dokumen sokongan Penerima Hibah Amanah yang tidak waras (salinan diakui sah)

      • Nota: Suratikatan Hibah Amanah (hanya akan dicetak setelah semua dokumen dilengkapkan).
    2. Proses Kemaskini Maklumat Peribadi Hibah Amanah TH /Penamaan
    3. SYARAT-SYARAT PROSES YURAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
      Pemberi Hibah Amanah/ Pendeposit boleh membuat kemaskini maklumat peribadi Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/ Penerima Namaan tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/ Penerima Namaan terlebih dahulu.

      Nota: Kemaskini Maklumat Peribadi Pemberi Hibah Amanah/ Pendeposit perlu menggunakan Borang JP003 (Borang Maklumat Ahli)
      Rujuk Diagram 2 Tiada
      • Borang Kemaskini Maklumat Peribadi Hibah Amanah *TH* / Penamaan (JP032)
      • Dokumen Pengenalan Diri Pemberi Hibah Amanah/Pendeposit (asal dan salinan diakui sah)
      • Suratikatan Hibah Amanah TH dan Surat Kuasa Wakil (asal)

      • Dokumen Pengenalan Diri Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/ Penerima Namaan (salinan diakui sah
      • Sijil Kelahiran/Sijil Pengangkatan bagi penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun (salinan diakui sah)

    4. Proses Pindaan Hibah Amanah TH /Penamaan
    5. SYARAT-SYARAT PROSES YURAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
      • Pindaan tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah kecuali Penerima Hibah Amanah adalah anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah tetapi Pemberi Hibah Amanah hendaklah membuat pengesahan bahawa anak kandung dan/atau cucu kandung masih hidup. Pemberi Hibah Amanah/ Pendeposit boleh membuat kemaskini maklumat peribadi Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/ Penerima Namaan tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/ Penerima Namaan terlebih dahulu.
      • Jenis-jenis dan tujuan Pindaan:
        1. Pembatalan Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/ Penerima Namaan: (i) pembatalan salah seorang Penerima Hibah Amanah/ Penerima Namaan tanpa membuat penggantian; atau (ii) pembatalan Penjaga Sah
        2. Tambahan Penerima Hibah Amanah/ Penerima Namaan: Penambahan Penerima Hibah Amanah/ Penerima Namaan yang baru
        3. Penggantian Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/ Penerima Namaan: Pembatalan dan penggantian Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/ Penerima Namaan yang baru.
        4. Peratusan Bahagian: Penambahan atau Pengurangan Peratusan Bahagian Harta Hibah Amanah TH/ Penamaan

      • Pindaan Penamaan tidak memerlukan persetujuan Penerima Namaan.
      Rujuk Diagram 3 RM10.60 termasuk 6% Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)
      • Pindaan Hibah Amanah *TH* / Penamaan (JP033)
      • Dokumen Pengenalan Diri Pemberi Hibah Amanah/Pendeposit (asal dan salinan diakui sah)
      • Dokumen Pengenalan Diri Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/ Penerima Namaan (salinan diakui sah
      • Sijil Kelahiran/Sijil Pengangkatan bagi penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun (salinan diakui sah)

      • Suratikatan Hibah Amanah (asal)
      • Surat Kuasa Wakil (asal)

    6. Proses Pembatalan Perjanjian Hibah Amanah TH /Penamaan
    7. SYARAT-SYARAT PROSES YURAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
      • Pembatalan tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah kecuali Penerima Hibah Amanah adalah anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah tetapi Pemberi Hibah Amanah hendaklah membuat pengesahan bahawa anak kandung dan/atau cucu kandung masih hidup.
      • Keseluruhan perjanjian Hibah Amanah TH dan Penamaan akan terbatal
      • Pembatalan Penamaan tidak memerlukan persetujuan Penerima Namaan.
      Rujuk Diagram 4 RM 74.20 termasuk 6% Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)
      • Borang Pembatalan Hibah Amanah *TH* / Penamaan (JP034)
      • Dokumen Pengenalan Diri Pemberi Hibah Amanah/Pendeposit (asal dan salinan diakui sah)
      • Sijil Kelahiran/Sijil Pengangkatan bagi penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun (salinan diakui sah)

      • Suratikatan Hibah Amanah (asal)
      • Surat Kuasa Wakil (asal)

    8. Proses Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah TH /Penamaan
    9. SYARAT-SYARAT PROSES YURAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
      • Penerima Hibah Amanah membuat tuntutan kepada TH setelah kematian Pemberi Hibah Amanah
      • Waris Penerima Hibah Amanah membuat tuntutan kepada TH*dengan mengemukakan surat kuasa mentadbir sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah
      Rujuk Diagram 5 Pada kadar satu peratus (1%) daripada baki wang Pemberi Hibah Amanah atau maksimum Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu RM10,000.00). Bayaran tersebut akan ditolak daripada akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah.
      (Nota: Tertakluk kepada tambahan 6% Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
      • Borang Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah *TH* / Penamaan (JP035)
      • Dokumen pengenalan diri Penerima Hibah Amanah / Penjaga Sah /*Penerima Namaan (asal dan salinan)
      • Sijil Kematian/Laporan Kematian Luar Negara Pemberi Hibah Amanah (asal dan salinan)

      • Sijil Kelahiran/Sijil Pengangkatan (jika Penerima Hibah Amanah di bawah umur 18 tahun dan/atau tidak waras) (asal dan salinan)
      • Surat Kuasa Mentadbir (sekiranya Penerima Hibah Amanah/Penerima Namaan telah meninggal dunia) (asal dan salinan)

*Soalan Lazim Hibah Amanah.