Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan mengenai dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh para pengunjung ketika melayari portal TH.

Sekiranya anda membuat sebarang transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan sebarang aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal TH kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui borang maklum balas elektronik dan juga e-mel.

Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal TH sahaja.

Perlu diingatkan bahawa laman web atau portal yang terdapat dalam pautan institusi ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung adalah dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web atau portal yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan melayari portal TH ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Pautan

Walaupun mempunyai pautan dengan laman web agensi-agensi dibawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal TH sahaja. Pengunjung adalah dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web agensi lain yang dilayari.

Fail Log

Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan portal TH ini, maklumat umum pengunjung seperti browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walau bagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.

Pertanyaan atau Aduan

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi bolehlah menghubungi kami melalui borang maklum balas elektronik yang disediakan (Klik Disini).

Maklumbalas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari pengunjung.