Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Permohonan Warganegara Malaysia Di Dalam Negara Menunaikan Fardhu Haji Dengan Tabung Haji - Berlepas Dari Dalam Negara

  • SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN HAJI
    1. Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM 1,300.00.

    2. Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif.

    3. Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang baru menunaikan ibadat haji dalam tempoh 5 tahun.

    4. Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun.

  • SALURAN PENDAFTARAN HAJI
    1. Semua kaunter TH

    2. Kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat

    3. Mesin ATM Maybank / Bank Islam

    4. Laman web :
      e-THiJARI
      www.maybank2u.com.my

    5. Perkhidmatan Bergerak TH Komuniti

  • KOS DAN BAYARAN HAJI
    1. Kos Haji merujuk kepada kos-kos langsung berkaitan pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dikendali dan dibayar oleh TH bagi sesuatu tahun.

    2. Kos Haji langsung jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Makkah, Madinah dan Jeddah,kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi, manakala Kos Haji langsung jemaah PJH/THTS adalah tidak termasuk kos penginapan dan kos makan minum yang dikendali sendiri oleh PJH/THTS.

    3. Bayaran Haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran jemaah kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, anggaran bayaran Haji bagi musim haji 1438H adalah seperti berikut:
      JENIS JEMAAH KOS HAJI (RM) TANGGUNGAN KOS HAJI (RM) BAYARAN HAJI (RM)
      MUASSASAH
      warganegara belum tunai haji RM19,550 RM9,570 RM9,980
      warganegara telah tunai haji RM19,550 Tiada RM19,550
      *Tidak tertakluk kepada sebarang perubahan semasa. Harap maklum.

    4. Kos Haji langsung bagi musim 1438H adalah berjumlah RM19,550.00 seorang. Bagi musim 1438H, Bayaran Haji bagi bakal haji (BH) yang menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM9,980 seorang, iaitu TH masih meneruskan tanggungan sebanyak RM9,570 seorang. Walau bagaimanapun, tanggungan ini hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji dan secara Muassasah sahaja. TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi jemaah-jemaah Malaysia secara keseluruhannya seperti:
      • Kos penerbitan buku dan risalah panduan haji,
      • Kos berkaitan kursus haji,
      • Kos petugas haji kebajikan dan perubatan,
      • Kos operasi berkaitan haji di tanah air; dan
      • Kos perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk seluruh jemaah haji Malaysia.

    5. Bakal Haji yang telah “Terpilih” pada tahun semasa adalah layak untuk membuat pengeluaran wang di KWSP. Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah). Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000.00 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
      • Menjadi ahli KWSP
      • Mengemukakan surat tawaran Terpilih ke pejabat KWSP; dan
      • Mengemukakan Buku Akaun Simpanan TH ke pejabat KWSP
      • Berumur kurang 55 tahun

  • PEMBATALAN PENDAFTARAN HAJI
    Setelah membuat pendaftaran haji, BH yang mempunyai apa-apa alasan tersendiri boleh membatalkan pendaftaran haji mereka di Pejabat Cawangan TH yang berhampiran tetapi tahun pilihan mereka akan terbatal secara automatik.
  • PEMERGIAN HAJI
    1. Kerajaan Arab Saudi telah menghadkan bilangan yang boleh menunaikan fardu haji (kuota) dengan menggunakan kuota berdasarkan 0.1% penduduk Negara Malaysia.

    2. Sehubungan itu, keutamaan pemilihan pemergian menunaikan fardhu haji adalah berdasarkan “yang mendaftar dahulu didahulukan” mengikut tarikh dan masa pendaftaran.

    3. BH yang terpilih pada tahun semasa hendaklah terlebih dahulu:
    4. Lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh doktor panel yang telah ditauliah khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memeriksa BH dan mendapatkan suntikan anti Meningitis Meningococcal Quadrivalent AYWW-135.

    5. Menyerahkan pasport antarabangsa dan 2 keping gambar bersaiz 4 cm x 6 cm berlatarbelakang warna putih setelah dihubungi oleh Pejabat TH.

    6. Menghadiri kursus-kursus haji anjuran Bahagian Bimbingan TH.

  • SURAT JADUAL PENERBANGAN
    Surat Jadual Penerbangan (SJP) akan dihantar oleh TH kepada semua bakal haji yang terpilih dan pergi secara Muassasah, manakala bagi bakal haji yang memilih perkhidmatan Pakej TH Travel & Services (THTS) dan Pengelola Jemaah Haji (PJH), SJP akan dihantar oleh pihak penganjur.
    Stesen berlepas atau tempat melapor diri BH adalah seperti berikut:-

    Bil Tempat Lapor Diri
    1. Kompleks Haji & TH Hotel Kelana Jaya
    2. Kompleks Haji & TH Hotel Penang
    3. Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai
    4. TH Hotel Kota Kinabalu
    5. Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching
    6. TH Hotel & Convention Centre Terengganu
    7. TH Hotel & Convention Centre Alor Setar
  • PEMBATALAN / PENUNDAAN PEMERGIAN HAJI
    Setelah setuju menerima tawaran menunaikan haji tahun semasa, BH yang mempunyai apa-apa alasan tersendiri boleh membatal/menunda pemergian haji mereka, di Pejabat Cawangan TH yang berhampiran tetapi caj pembatalan / penundaan akan dikenakan / debitkan daripada akaun pendeposit mengikut kadar yang ditetapkan.