Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

TH MENANG KATEGORI MAJIKAN TERKEMUKA BAGI KATEGORI GLC

KUALA LUMPUR, 2017-11-10 - ‘Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers Awards Night 2017’ menyaksikan Lembaga Tabung Haji (TH) memenangi Anugerah Majikan Terkenal di kalangan siswazah bagi kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan 2017. TH telah dipilih di kalangan 100 senarai teratas Majikan Siswazah Terunggul. Pada tahun ini, TH menduduki tempat 16 TERTINGGI jenama majikan terkemuka di kalangan siswazah.

‘Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers Awards’ adalah anugerah pengambilan siswazah yang terbesar dan paling lama di Malaysia yang menetapkan penanda aras kecemerlangan jenama majikan di kampus.