Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

TH ANJUR MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH TH CAWANGAN ZON TENGAH

NILAI SPRING, 2017-11-12 - TH telah mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Anggota TH cawangan Zon Tengah yang dihadiri oleh YBhg. Dato' Badlisyah Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH diiringi YBhg Dato' Mohamad Yusoff Akope, Ketua Pegawai Integriti TH, YBhg Datuk Haji Tahar Pilus, Pengurus Besar Operasi Pejabat Cawangan TH, barisan Pengarah TH Negeri, Timbalan Pengarah TH Negeri, Pengurus-Pengurus serta anggota TH Zon Tengah.

Majlis lafaz ikrar diketuai oleh Tuan Haji Mohd Sawal Abong, Pengarah TH Negeri Selangor.

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani ikrar bebas rasuah oleh anggota TH Zon Tengah disaksikan oleh YBhg Dato' Badlisyah Abd Ghani serta Barisan Pengurusan Kanan TH dan Tuan Zainuddin Husin, Pegawai Penguasa SPRM Wilayah Persekutuan, Tuan Rosley Satar, Pegawai Penguasa SPRM Perak dan Puan Sumathi Padavadah, Pegawai Penguasa SPRM Selangor.