Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

MAJLIS SAMBUTAN KETIBAAN PULANG KUMPULAN TERAKHIR JEMAAH HAJI

SEPANG, 2017-10-05 - YB Dato' Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH telah menyempurnakan majlis sambutan ketibaan pulang kumpulan terakhir Jemaah Haji Musim Haji 1438H/2017M di KLIA.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato' Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Pengurusan Kanan TH serta dif-dif kehormat lain.

Penerbangan MH8325 yang membawa 268 jemaah dari Jeddah ini selamat tiba di KLIA pada pukul 12.45 tengahari. Pesawat ini telah berlepas dari Jeddah pada 04 Oktober 2017 pukul 10:25 malam (waktu Arab Saudi).

Kenyataan Akhbar klik disini.