Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

KETIBAAN KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI DARI TANAH SUCI

KUALA LUMPUR, 2017-09-07 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyambut kepulangan pertama Jemaah Haji Malaysia dari Tanah Suci bagi Musim Haji 1438H/2017 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, disertai barisan Pengurusan Kanan TH yang mengambil kesempatan bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada para Jemaah Haji yang telah selesai menunaikan fardhu haji dengan selamat. Ketibaan mereka juga disambut gembira oleh ahli keluarga dan saudara mara.

TH juga mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat dalam pelaksanaan Operasi Haji Tanah Air (OHTA) iaitu Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad, Kementerian Luar & Jabatan Imigresen Arab Saudi dan Malaysia Airlines Berhad.