Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

TH SERAH RUMAH PROJEK BAITI

PERAK, 2017-05-17 - Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan empat buah rumah Projek Baiti kepada empat (4) asnaf terpilih dari Daerah Bota Kanan, Perak dalam satu majlis penyerahan ringkas hari ini.

Projek Baiti TH yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) ini memperuntukkan bantuan berjumlah RM200,000.00 dalam membina dan membaiki rumah asnaf yang dipilih melalui senarai asnaf yang layak menerima bantuan. Majlis simbolik penyerahan rumah-rumah berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah TH Negeri Perak, Tuan Haji Nawawi bin Ishak.

Projek Baiti merupakan salah satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TH bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk membaikpulih atau membina semula rumah kediaman mereka. Program ini memperlihatkan keprihatinan TH sebagai sebuah institusi Islam yang utuh dalam melestarikan ekonomi ummah khususnya golongan asnaf. Selain itu juga, program ini dilihat sebagai platform bagi TH untuk mendekati serta membantu golongan yang memerlukan sejajar dengan visi TH iaitu ‘Tonggak Kejayaan Ekonomi Ummah’.