Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

TH SERAH ZAKAT TH KPD MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

KUALA LUMPUR, 2017-05-08 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM3,498,946.66 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dalam satu majlis ringkas di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Mahgfur-lah telah berkenan untuk menerima pembayaran zakat ini yang dipersembahkan oleh YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Pembayaran zakat bagi negeri Perak mencatatkan peningkatan sebanyak 2.18% berbanding RM3,424,433.50 pada 2015.

YBhg. Dato’ Badlisyah berkata sebagai sebuah institusi Islam, TH menekankan aspek kelestarian ekonomi ummah. Pembayaran zakat berperanan mempertingkatkan kebajikan masyarakat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi golongan asnaf.