Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

PENYERAHAN ZAKAT TH NEGERI SEMBILAN 2016

SEREMBAN, 2017-04-07 - Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan zakat berjumlah RM2,040,443.38 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan dalam satu majlis ringkas di Klana Resort, Seremban, hari ini.

YBhg. Datuk Seri Johan bin Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH menyerahkan Zakat TH kepada YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Pembayaran zakat bagi Negeri Sembilan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 3.98% berbanding RM1,962,416.20 pada tahun 2015.