Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

PENYERAHAN ZAKAT TH PERLIS 2016

ARAU, 2017-04-06 - Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan zakat berjumlah RM600,527.89 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dalam satu majlis ringkas di Istana Arau, Perlis, hari ini.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis telah berkenan untuk menerima pembayaran zakat TH ini yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH dan disaksikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Tuanku Raja Muda Perlis.