Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA LEMBAGA ZAKAT MELAKA

Melaka, 2017-03-31 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM1,614,922.71 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Lembaga Zakat Melaka (LZM) dalam satu majlis ringkas di Dewan Sri Utama, Pejabat TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka.

Pembayaran zakat TH telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi TH kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob dan disaksikan oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka. Pembayaran zakat bagi Negeri Melaka ini mencatatkan peningkatan sebanyak 4.02% berbanding RM1,552,520.41 (2015).