Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

PENYERAHAN ZAKAT TH PAHANG

PEKAN, 2017-03-16 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM2,809,096.64 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dalam satu majlis ringkas di pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pekan, Pahang.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah merangkap Yang Dipertua MUIP telah berkenan untuk menerima pembayaran zakat ini yang dipersembahkan oleh YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin, Ahli Lembaga Pengarah TH. Pembayaran zakat TH negeri Pahang 2016 mencatat peningkatan sebanyak 1.04% berbanding RM2,780,235.93 pada tahun 2015.