Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

TH MULA SIRI JELAJAH SERAHAN ZAKAT

KUALA LUMPUR, 2017-03-03 - Lembaga Tabung Haji (TH) memulakan siri jelajah penyerahan zakatnya sebanyak RM60.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Majlis Agama Islam dan Pusat Pungutan Zakat negeri-negeri hari ini. Jumlah keseluruhan pembayaran zakat TH 2016 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.69% (RM60.3 juta) berbanding tahun sebelumnya, RM59.3 juta (2015).

Negeri pertama yang menerima Zakat TH 2016 ialah Sabah, Majlis Penyerahan dilakukan oleh YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada YB Datuk Mohd Suhaili Haji Said, Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah dan disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin mewakili Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu majlis ringkas di Istana Kota Kinabalu, Sabah. Jumlah Zakat TH Sabah berjumlah RM1,048,485.95.