Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

LAWATAN PENGURUSAN TH KE KUMPULAN UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BHD

KUALA LUMPUR, 2017-02-17 - Pihak Pengurusan TH mengadakan lawatan ke Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. Lawatan diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Program ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin selain bertukar-tukar pandangan untuk kepentingan dan manfaat bersama.

Turut diadakan temu bual media diantara YBhg Datuk Mohd Noordin Abbas, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah dan penyerahan replika cek bernilai RM15,500 hasil sumbangan anggota TH untuk Tabung Kemanusiaan Acheh.