Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

TH SERTAI PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA AGENSI-AGENSI DI BAWAH JPM

PUTRAJAYA, 2017-01-09 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini turut serta di dalam Perhimpunan Bulanan Bersama Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang berlangsung di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Perhimpunan pertama yang diadakan bagi tahun 2017 ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH serta barisan Pengurusan TH.

Pada perhimpunan tersebut, YAB. Perdana Menteri mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 serta menyampaikan perutusan beliau kepada para hadirin.